Susulan kekalahan mengaibkan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil tindakan drastik dengan menamatkan khidmat ketua jurulatih skuat utamanya, B. Satiananthan berkuat kuasa serta.
Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh media FAS menerusi akaun rasmi media sosial mereka, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya membuat penilaian dan mengambil kira semua aspek terutamanya prestasi semasa pasukan.
“Berikutan itu, tugas Ketua Jurulatih akan dipanku oleh Pengarah Teknikal kelab, Michael Feichtenbeiner sehingga Ketua Jurulatih yang baharu diumumkan,” ujar FAS dalam kenyataan tersebut.
“FA Selangor ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada B. Satiananthan di atas khidmat beliau membawa pasukan Selangor ke tempat ketiga dalam saingan Unifi Liga Super 2019 serta mara ke peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia musim lalu.”
Keputusan tersebut sudah pun dijangka selepas Selangor yang berjaya mendapatkan beberapa pemain berprofil tinggi musim ini gagal menampilkan aksi yang menyakinkan sejak dari awal musim.
Malah beberapa keputusannya mengenai pemilihan pemain dan taktikal juga sering menjadi pertikaian penyokong setia The Red Giants dan pemerhati bola sepak tempatan.
Selapas mengharungi lapan perlawanan, Selangor sekadar mencatat dua kemenangan, empat seri dan dua kekalahan dan menghuni tangga ketujuh liga dengan sepuluh mata.
Kredit Foto: FA Selangor
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan: