Rasmi: Saul Tandatangan Kontrak Baru Sehingga 2026 Bersama Atletico Madrid

Kelmarin pemain ini berharap kelab Atletico Madrid memberikan beliau kontrak baru supaya kontrak yang sedia ada diperbaiki. Justeru, ia akan menaikkan lagi gaji beliau.

Saul mahukan gaji yang lebih bersama Atletico Madrid untuk membantu keluarga beliau. Saul juga menegaskan beliau tidak terfikir untuk berhijrah ke kelab lain buat masa ini.

Saul telah dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dan beliau tidak menafikan hal tersebut. Aksi cemerlang sepanjang musim lalu diteruskan ketika Euro B-21.

Atletico Madrid telah menghadiahkan Saul dengan kontrak baru jangka panjang sehingga 2026.

Pengarah Sukan Atletico Madrid, Jose Luis Caminero berbesar hati untuk menawarkan kontrak tersebut kepada Saul Niguez. Beliau berkata:

“Saul adalah contoh terbaik seorang pemain yang sentiasa memberikan yang terbaik, kerjasama dalam pasukan dan kental di atas padang.”

“Saul adalah seorang pemain yang harus dicontohi oleh pemain-pemain akademi kami yang lain.”

“Beliau seorang pemain serba boleh, mempunyai kebolehan yang baik di udara, dikurniakan dengan kemahiran rembatan jauh, ‘pekerja’ yang tidak kenal letih, serta seorang pemain muda dengan pengalaman yang cukup luas.”

“Kami gembira kerana tawaran kami telah diterima oleh beliau kerana beliau seorang pemain yang hebat dan pembangunan beliau tiada batasan.”

Saul turut gembira dengan kontrak baru tersebut dan berkata:

“Saya sangat gembira kerana di Atleti kami adalah keluarga dan tiada tempat lain yang lebih baik dari di sini.”

“Saya akan bekerja dengan potensi maksimum di atas padang untuk membalas balik kepercayaan yang kelab ini telah berikan kepada saya.”

“Terima kasih kepada semua rakan-rakan, pegawai kejurulatihan yang banyak membantu saya untuk menjadikan saya pemain yang ada pada hari ini.”

Berita ini menamatkan sebarang spekulasi tentang pemain ini yang dikaitkan dengan banyak kelab besar di seluruh Eropah.

Prospek terbaik!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN