RASMI: Sarri Sah Tinggalkan Chelsea Untuk Sertai Juventus

Akhirnya perkhabaran yang telah bertiup sejak beberapa minggu yang lalu benar-benar telah terjadi pada hari ini.

Maurizio Sarri sah meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea untuk menyertai pengendali juara Serie A Itali, Juventus dengan kontrak selama tiga tahun.

Sarri yang menyertai The Blues dari Napoli pada Julai 2018 berjaya membawa kelab London itu mengakhiri saingan EPL di tangga ketiga pada musim ini. Di saingan Eropah, Sarri turut membimbing Chelsea muncul juara UEFA Europa League setelah menewaskan Arsenal 4-1 di perlawanan akhir.

Semua itu dilakukan hanya di dalam tempoh semusim Sarri bersama Chelsea.

BBC turut melaporkan Juventus bersetuju membayar pampasan bernilai £5 juta kepada Chelsea untuk pengendali berusia 60 tahun itu yang akan menggantikan Massimiliano Allegri.

Dalam satu kenyataan Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia dipetik sebagai berkata:

“Dalam perbincangan yang diadakan selepas perlawanan akhir Europa League tempoh hari, Maurizio [Sarri] menjelaskan niat beliau untuk kembali ke negara asal, dan turut memberikan penjelasan bahawa ia amat penting untuk beliau kembali ke Itali.

“Beliau juga berkata ia amat penting untuk berdekatan dengan keluarga, dan juga demi kedua-dua ibu bapa beliau yang semakin berumur. Sarri berpendapat beliau sepatutnya berada lebih dekat dengan mereka.”

Sarri menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Chelsea pada Julai lalu, namun kini menjadi pengurus ke-9 yang meninggalkan Chelsea sejak era Roman Abramovich.

Jutawan minyak Rusia itu mengambil alih pemilikan kelab Inggeris itu pada 2003.

Chelsea kini tidak dibenarkan untuk membawa masuk pemain baharu selepas digantung oleh FIFA untuk tidak aktif pada dalam dua jendela perpindahan. Rayuan bagaimanapun telah dihantar kepada Mahkamah Timbangtara (CAS).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN