RASMI: Sandro, Khyril Muhymeen, Fandi Sah Sertai Selangor

Selangor mengumumkan 3 transaksi perpindahan pada hari ini.

Fandi Othman

Fandi Othman menyertai Selangor dengan perjanjian pertukaran pemain (swap deal) denga K. Kannan. Ini bermakna, Fandi Othman akan ke Selangor dan K. Kannan akan ke PKNS FC. Perjanjian ini dicapai sebelum jendela perpindahan ditutup semalam.

Sandro Da Silva

Sandro kembali semula ke kancah bola sepak Malaysia selepas meninggalkan Kedah – sebaik sahaja musim lalu berakhir.

FAS menerusi siaran media mereka berkata: “Suka cita diumumkan bahawa Sandro Da Silva kini sah menyarung jersi Selangor FA untuk musim 2019.”

“Sandro Da Silva bukannya nama asing dalam kancah bola sepak Malaysia. Dilahirkan pada 1 Oktober 1983, pemain berasal dari Brazil ini telah menempah nama di Malaysia sejak tahun 2015 bersama pasukan Kedah.”

“Penampilan beliau dalam pasukan Kedah merupakan antara tenaga yang telah membuka ruang kepada Skuad Kedah untuk menjuarai Liga Perdana (2015), Piala Malaysia (2016), Piala Sumbangsih (2017) dan Piala FA (2017).”

“Beliau juga merupakan seorang pemain tengah yang digeruni oleh pemain-pemain pertahanan lawan. Sandro mempunyai rekod 100 penampilan dan telah menjaringkan 50 gol sepanjang kariernya bersama pasukan Kedah.”

“Dengan kualiti sedemikian, Sandro dilihat mampu menjadi sandaran untuk menajamkan lagi jentera serangan Selangor untuk musim ini.”

“Kehadiran beliau juga adalah bukti komitmen pihak pengurusan untuk memperkuatkan pasukan Red Giants untuk mencabar kejuaraan dalam Liga Malaysia pada musim ini.”

“Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang kepada Sandro Da Silva ke pasukan Selangor. Semoga dengan kehadiran beliau mampu membawa Red Giants ke tahap yang lebih cemerlang pada musim ini.”

Khyril Muhymeen

Selangor juga turut menyambar Khyril Muhymeen yang meninggalkan pasukan Perlis kerana masalah kewangan pasukan Singa Utara itu.

FAS dalam siaran media mereka menyatakan: “Suka citanya diumumkan bahawa Khyril Muhymeen kini sah menyarung jersi Selangor FA untuk musim 2019.”

“Mohd Khyril Muhymeen telah melengkapkan perpindahan beliau ke Shah Alam dari Perlis FA dengan menandatangani kontrak bersama Red Giants.”

“Kyril Muhymeen telah dilahirkan pada 9 May 1987 dan merupakan seorang pemain yang cukup berpengalaman. Anak jati dari negeri Kedah ini sangat dikenali dalam kancah bola sepak Malaysia sejak dari umurnya 19 tahun lagi.”

“Kemunculan pertama Khyril Muhymeen yang sangat memberangsangkan bersama Kedah FA telah meletakkan beliau sebaris dengan pemain lain yang digeruni. Beliau adalah antara pemain yang membawa skuad Kedah menjuarai kejuaraan treble Piala Malaysia, Piala Fa dan Liga Super pada tahun 2007 dan 2008.”

“Beliau juga merupakan seorang penyerang yang sangat berkaliber dan terkenal dengan sepakan-sepakan tepat ke pintu gol lawan. Pengalaman dan reputasi Khyril Muhymeen bersama pasukan Malaysia juga tidak harus dilupakan.”

“Ini merupakan antara kualiti yang dilihat berpotensi untuk memperkuatkan lagi barisan serangan Selangor.”

“Kehadiran beliau adalah bukti komitmen pihak pengurusan untuk menambahkan ketajaman bahagian serangan Red Giants. Dengan rekod terbaru beliau 2 gol dalam 3 perlawanan bersama pasukannya sebelum ini diharap dapat terus mengekalkan momentum untuk membantu pasukan Merah Kuning.”

“Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang kepada Khyril Muhymeen ke Selangor. Semoga dengan kehadiran beliau mampu membawa Red Giants ke tahap yang lebih tinggi pada musim ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN