Selepas tampil selaku salah satu ikon penyerang terbaik pernah dilahirkan Malaysia, kini tiba masanya untuk Safee Sali mengumumkan persaraan beliau dalam dunia bola sepak profesional.
Persaraan itu diumumkan secara rasmi menerusi satu sesi sidang media yang dilakukan pemain tersebut sambil turut mengenang kisah-kisah perjalanan Safee dalam dunia bola sepak profesional.
Sebut sahaja Safee siapa tidak kenal, setelah penyerang legenda ini berada satu tahap yang sangat terbaik dalam kariernya bersama kelab serta negara.
Selepas mencipta nama sebagai pemain bola sepak dalam arena bola sepak Malaysia & juga antarabangsa selama lebih 2 dekad, pemain bola sepak legenda negara, @SafeeSali_10 telah mengumumkan persaraannya.
Terima kasih atas segala bakti & pengorbanan anda, legenda! @TeamMsia pic.twitter.com/uoaTViBRfv
— Kool 101 🇲🇾 (@kool101my) February 21, 2023
Musim 2023 pastinya menjadi tahun yang agak berbeza selepas bertahun-tahun saingan Liga Malaysia (Liga M) sering sering dihiasi dengan aksi Safee di atas padang untuk menjaringkan gol.
Walaupun tidak begitu menyerlah sejak beberapa tahun terakhir ini atas faktor usia, secara keseluruhan Safee masih lagi dianggap penyumbang penting dalam menaikkan moral rakan sepasukan.
Antara detik-detik paling diingati selaku peminat bola sepak negara, pastinya ketika aksi Safee Sali bersama Harimau Malaya pada tahun 2010 untuk kejohanan Piala AFF paling diingati.
Apa tidaknya, pada tahun itu Safee telah dinobatkan selaku penjaring terbanyak bagi kejohanan tersebut menerusi lima jaringan dihasilkan buat Malaysia.
Malah, penyerang itu juga berjaya membantu Harimau Malaya untuk menjuarai Piala AFF buat pertama kali dalam sejarah bola sepak negara untuk mengangkat nama beliau di Asia Tenggara.
Skuad kebangsaan 2010 antara yang terbaik di Malaysia.
✅ Seratus peratus lahir di Malaysia.
✅ Jurulatih tempatan.
✅ Satu-satunya kejuaraan Piala AFF yang berjaya dijuarai. pic.twitter.com/omMNjWDFU8
— Empayar Bola (@empayarbola) February 20, 2023
Menerusi kejayaan tersebut, Safee sebenarnya telah menerima beberapa lamaran daripada beberapa kelab termasuk Pelita Jaya dalam untuk saingan Liga Super Indonesia (ISL) pada tahun 2011.
Bersama Pelita Jaya, Safee sekali lagi mengembangkan pengaruhnya untuk muncul selaku pemain pertama Malaysia yang beraksi di Indonesia serta memberi impak yang sangat positif.
Malah, Safee juga pernah dinobatkan selaku pemain terbaik perlawanan sewaktu Pelita Jaya menewaskan Sriwijaya FC selepas jaringan tunggal beliau memacu pasukan tersebut meraih kemenangan.
Di Malaysia, dua kelab yang betul-betul melonjakkan karier Safee serta memberi kejuaraan buat dirinya ialah Selangor serta Johor Darul Ta’zim (JDT).
Untuk rekod, Safee telah pun merasai semua kejuaraan peringkat domestik serta dua kali melayakkan diri ke peringkat akhir Piala AFC pada tahun 2015 dan 2022.
Apa yang membezakan Safee bersama pemain lain pastinya beliau menjadi antara pemain tempatan yang merasai kejohanan Piala AFC ketika bersama JDT pada tahun 2015 dan mara sekali lagi ke final bersama Kuala Lumpur City (KL City).
Kali terakhir Safee mendakap piala ialah ketika beliau mewakili KL City dengan menjadi salah seorang pemain yang melakar kejutan untuk menewaskan JDT di final Piala Malaysia 2021.
Musim ini segalanya tampak agak sunyi buat beliau selepas tiada tawaran yang diberikan oleh mana-mana kelab untuk dirinya sebagai pemain.
Masa terus bergerak dan pemain muda baharu semakin ramai mempamerkan potensi diri, maka ia menjadi suatu pengakhiran yang baik buat Safee sebagai pemain bola sepak profesional.
#OTD Malaysia tewas 1-0 kepada New Zealand dalam perlawanan persahabatan di Christchurch. Perlawanan ini juga merupakan debut Safee Sali dan Rudie Ramli bersama skuad senior #HarimauMalaya#HariIniDalamSejarah pic.twitter.com/PrK7SSjKys
— HarimauMYstats (@HarimauMYstats) February 19, 2023
Walaupun tahun bersilih berganti, nama Safee pastinya akan terus dikenang dan dijadikan sebagai rujukan oleh pemain muda lain untuk cuba menjadikan diri beliau selaku idola bola sepak tanah air.