RASMI: Rodney Celvin Sah Milik Selangor

Selangor mengumumkan pemain pertahanan baharu yang bakal memperkuatkan lagi pertahanan mereka pada musim hadapan dengan mendapatkan Rodney Celvin Akwensivie.

Berikut kenyataan media oleh Selangor FA:

Dengan berbesar hatinya kami ingin memaklumkan bahawa pemain pertahanan yang berdarah kacukan Malaysia-Ghana, Rodney Celvin Akwensivie kini sah menjadi pemain Selangor.

Pemainnl yang bertubuh sasa ini merupakan pemain kelahiran Sarawak dan pernah bermain bersama pasukan Sarawak FA serta PKNS FA.

Bersama Sarawak, beliau berjaya mencatat sebanyak 12 penampilan pada tahun 2016 hingga tahun 2017.

Kemudian pada tahun 2018, beliau berhijrah ke pasukan PKNS dan berjaya mencatat sebanyak 34 penampilan.

Bermain selaku pemain pertahanan tengah, Rodney berjaya membantu pasukan PKNS untuk berada di tangga ketiga Liga Super musim lalu.

Lahir pada 25 November 1996, Rodney kini berumur 23 namun sudah memiliki corak permainan yang berkualiti.

Bersama pasukan kebangsaan, beliau pernah dipanggil oleh Tan Cheng Hoe untuk mewakili skuad Harimau Malaysia pada Mei lalu.

Selain itu, beliau juga pernah beraksi di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi pasukan Malaysia B23.

Bersama Datuk Ong Kim Swee, Rodney berjaya mencatat debut sewaktu Malaysia bertemu pasukan Bahrain di Sukan Asia tahun lalu.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang kepada Rodney Celvin ke Selangor dan semoga beliau dapat membantu Red Giants kembali menjadi pasukan gergasi Malaysia.

Selamat maju jaya kepada Rodney Celvin.

Saksikan video pengumuman rasmi beliau di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN