RASMI: PUMA Jadi Pengeluar Baharu Bola Liga Malaysia

Liga Malaysia

Jenama sukan terkenal, PUMA kini telah disahkan bakal menjadi pengeluar bola baharu bagi saingan Liga Malaysia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Malaysian Football League (MFL), perjanjian yang dipersetuju oleh kedua-dua belah pihak ini menyaksikan PUMA akan menyediakan bola perlawanan sehingga 2024.

Bola perlawanan tersebut akan disediakan oleh PUMA dalam semua pertandingan dibawah kendalian MFL.

Edisi khas Piala Malaysia

Perjanjian ini mempunyai nilai signifikannya yang tersendiri apabila buat pertama kalinya PUMA akan menaja liga bola sepak di Asia sebagai pengeluar bola perlawanan rasmi.

Ianya akan menaikkan lagi profil PUMA di Asia selepas mereka memahat nama di Eropah terutamanya England dan Sepanyol.

Liga Malaysia kini sebaris dengan saingan English Football League (EFL) serta La Liga yang turut menggunakan bola keluaran PUMA.

Apa yang menarik, PUMA yang bakal memulakan penajaan mereka pada saingan Piala Malaysia 2021 akan mengeluarkan bola khas sempena kejohanan itu yang bakal bermula pada 29 September ini.

Mereka akan menghasilkan bola dengan rekaan khas bersempena dengan edisi ke-100 kejohanan bola sepak tertua di Asia itu.

Menurut Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, perjanjian ini membuktikan Liga Malaysia kini lebih dipandang tinggi oleh pihak luar.

“Tajaan ini menandakan kepercayaan dan keyakinan jenama sukan global PUMA terhadap jenama dan kualiti Liga Bola Sepak Malaysia yang menyaksikan peningkatan dari tahun ke tahun.”

Di pihak PUMA pula, perjanjian ini membuktikan yang bola sepak sentiasa menjadi keutamaan jenama tersebut.

“Selaras dengan gerakan global Faster Football yang baharu dilancarkan, kami percaya bahawa kerjasama ini akan membuktikan komitmen kami untuk mendorong komuniti bola sepak tempatan bergerak ke hadapan dan menjadi inspirasi bagi semua anak muda Malaysia.”

“Tujuan utama kami adalah untuk mengatasi halangan & cabaran, dengan mempercepatkan permainan menerusi produk inovatif – dan ini adalah dorongan kami dalam mencapai Faster Football,” kata Steven Tan, Pengurus Besar PUMA Malaysia.

Bola rasmi Liga Malaysia ini akan diedarkan menerusi Active Sports.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN