RASMI: Pertahanan Dari Belanda Kini Jadi Rekrut Terbaharu Terengganu

Terengganu secara rasminya menandatangani khidmat pemain import terbaharu mereka dari Belanda iaitu Matthew Steenvoorden untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025.

Ianya diumumkan sendiri secara rasmi oleh laman Terengganu dengan mereka mengucapkan selamat datang kepada Matthew menerusi satu perkongsian video.

Untuk rekod, Matthew beraksi bersama Pakhtakor Tashkent pada musim lalu dalam saingan utama Uzbekistan dan bakal memulakan karier sulung beliau di benua Asia Tenggara.

Rekod lalu menyaksikan Matthew memulakan karier beliau bersama Feyenoord di Belanda sebelum mewakili Excelsior serta Dordrecht selaku status pinjaman di negara tersebut.

Pemain berusia 31 tahun itu memulakan karier beliau buat pertama kali di Asia pada tahun lalu bersama Pakhtakor Tashkent dan seterusnya bakal memperkuatkan Terengganu pada saingan hadapan.

Untuk pasukan kebangsaan, Matthew pernah mewakili Belanda B-19 sebanyak lapan kali dan berjaya merekodkan satu jaringan secara keseluruhannya dengan kali terakhir beraksi pada tahun 2012 sewaktu menentang Perancis.

Selain Matthew, setakat ini Terengganu turut mempunyai seorang pertahanan import yang dilaporkan menanti masa untuk menjadi pemain naturalisasi seterusnya iaitu Argzim Redzovic.

Malah, secara keseluruhan Sang Penyu memiliki rantaian pemain pertahanan tempatan berkualiti untuk dipertaruhkan seperti Shahrul Nizam Ros Hasni, Ubaidullah Shamsul Fazili, Safwan Mazlan, dan beberapa tongak lagi.

Tetapi, Matthew mempunyai kelebihan lain untuk memudahkan tugas Tomislav Steinbruckner di atas padang menerusi keupayaannya bermain di posisi tengah bertahan serta selaku perancang pasukan.

Setakat ini, Ismaheel Akinade dan Matthew menjadi dua rekrut baharu diperkenalkan oleh Sang Penyu, sementara Argzim Redzovic, Ivan Mamut, serta Nurillo Tukhtasinov dikekalkan mereka musim hadapan.

Laporan menyatakan Terengganu bakal menandatangani enam pemain import musim akan datang dan jangkaan kami pasukan tersebut mungkin akan memperkenalkan seorang lagi tonggak baharu.

Untuk slot tempatan, tiga pemain baharu telah pun diperkenalkan Terengganu iaitu Akram Mahinan di posisi tengah bertahan, serta gandingan Safawi Rasid bersama Akhyar Rashid di bahagian serangan.

Tampil konsisten pada saingan musim lalu, pastinya pasukan tersebut mempunyai sasaran lebih jauh pada aksi hadapan untuk muncul selaku salah satu pencabar utama kejuaraan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN