RASMI: Penyerang Muda Dari Korea Selatan Jadi Pilihan Perak Musim 2024/2025

Perak secara rasminya menandatangani pemain import baharu mereka dari Korea Selatan iaitu Lee Tae-min untuk memperkukuhkan aspek serangan kelab itu pada saingan akan datang.

Ianya diperkenalkan sendiri secara rasmi melalui media Perak, dengan mereka mengucapkan selamat datang buat Lee yang pertama kali beraksi dalam saingan di Asia Tenggara iaitu Malaysia.

Pada usia 21 tahun, Lee sebelum itu beraksi dalam saingan K League di Korea Selatan bersama Busan Ipark serta beberapa kelab lain di sana bersama rekod menyakinkan.

“Hai, nama saya Lee Tae-min dan berusia 21 tahun dan saya berasal dari Korea Selatan. Ini adalah pertama kali saya di Malaysia.

“Saya akan cepat untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya di sini dan saya akan buat yang terbaik di atas padang demi pasukan Perak.

“Datanglah ke stadium dan beri sokongan kepada kami, terima kasih,” jelas Lee menerusi video pengenalan tersebut hasil perkongsian media sosial Perak.

Kehadiran Lee pastinya mampu untuk menambah sengat buat Perak terutama sekali membabitkan aspek serangan pasukan itu yang sedikit lemah pada tahun lalu.

Sebelum itu, Perak sudah menyingkirkan seorang lagi pemain dari Korea Selatan pada musim lalu dan turut beraksi di posisi serangan iaitu Seo Seon-ung.

Selain boleh beraksi selaku pemain sayap kiri, Lee juga mampu mengimbanginya di sebelah kanan serta boleh bermain selaku penyerang utama mengikut kesesuaian taktikal jurulatih.

Malah, pada usia masih muda Lee sebenarnya sudah pun memiliki pengalaman beraksi buat pasukan kebangsaan Korea Selatan bawah 17 (B-17) lalu serta turut merekodkan satu jaringan di pentas antarabangsa ketika bertemu Jerman.

Terdahulu, Perak sudah pun menandatangani pemain import baharu mereka di bahagian tengah dari Kyrgyzstan iaitu Adilet Kanybekov untuk memperkukuhkan aspek penguasaan permainan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Untuk rekod, Adilet merupakan antara pemain muda Kyrgyzstan yang sedang meningkat naik dan sudah pun mempamerkan impak tersendiri di pentas antarabangsa bersama skuad bawah 23 (B-23).

Menerusi dua pemain import muda yang diserap masuk Perak pada musim ini, jelas skuad kendalian Yusri Che Lah mahu membentuk gandingan pemain lebih muda di atas padang dan ianya sudah pun terbukti pada musim lalu.

Malah beberapa pemain tempatan Perak juga dianggap masih muda dan memiliki potensi cukup besar pada suatu hari untuk beraksi bersama pasukan pembangunan Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN