RASMI: Penyerang Dari Ukraine Jadi Pilihan Sri Pahang Musim 2024/2025

Sri Pahang secara rasminya telah pun menandatangani penyerang import baharu mereka untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2024/2025.

Pemain yang berasal dari Ukraine itu bernama Mykola Ahapov dan beliau menjadi rekrut terbaharu untuk slot import bagi mengisi kekosongan posisi serangan mereka saingan hadapan.

Ianya diumumkan sendiri secara rasmi melalui laman Sri Pahang, dengan mereka menyatakan Ahapov sebagai pertaruhan terbaharu bagi barisan hadapan Tok Gajah.

“Selamat datang Mykola Ahapov. Memperkenalkan pemain kelahiran Ukraine, Mykola Ahapov sebagai taruhan terbaharu barisan depan Sri Pahang.

“Pemain berusia 30 tahun ini menandatangani kontrak satu tahun bersama skuad Tok Gajah,” jelas laman rasmi Sri Pahang mengenai pemain tersebut.

Musim lalu menyaksikan Ahapov beraksi dalam saingan liga utama di Kazakhstan bersama FC Akzhayik bersama prestasi cukup menyakinkan di posisi serangan.

Daripada 31 penampilan bersama pasukan tersebut, Ahapov telah pun meledak 26 gol secara keseluruhan bersama sembilan bantuan jaringan dihasilkannya.

Secara keseluruhan, Ahapov telah terlibat dalam 184 perlawanan dengan mewakili pelbagai pasukan sepanjang kariernya dengan pemain itu mengumpul 61 gol serta 22 batuan jaringan.

Bekas pemain akademi Metalist Kharkiv ini bukan sahaja mempunyai kelebihan beraksi selaku penyerang utama, malah Ahapov juga boleh bertindak selaku pemain sayap kanan mengikut kesesuaian taktikal serta situasi permainan.

Kelebihan Ahapov juga terarah kepada dirinya yang bijak melepasi pertahanan lawan untuk memenangi bola serta mempunyai kualiti yang sangat bagus daripada segi penyudah di hadapan jaringan.

Penyertaan Ahapov bersama Sri Pahang bakal membuka lembaran baharu buat penyerang tersebut untuk beraksi buat pertama kali di Asia Tenggara dan pastinya beliau memerlukan masa bagi menyesuaikan diri.

Setakat ini, Sri Pahang baru mengumumkan seorang sahaja pemain import di posisi serangan yang dianggap sangat kritikal selepas mereka sah melepaskan dua penyerang musim lalu, Lucas da Silva serta Rafael da Silva.

Selain itu, pasukan tersebut giat memperkenalkan barisan pemain tempatan yang akan memperkuatkan mereka untuk mengharungi saingan Liga M pada musim hadapan.

Pada pandangan anda, posisi mana lagi perlu diberi keutamaan Sri Pahang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN