RASMI: Pengurus Malaysia B-17 Undur Diri Serta Merta

Christopher Raj yang merupakan pengurus skuad bawah 17 (B-17) Malaysia secara rasminya telah pun melepaskan jawatan beliau demi mengambil sikap bertanggungjawab atas kegagalan mereka melayakkan diri ke Piala Asia B-17 2025.

“Perjuangan skuad muda negara B-17 menemui jalan noktah ke Piala Asia apabila diikat Laos 2-2 semalam.

“Sehubungan itu, saya selaku Pengurus Pasukan mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan ini dengan mengundur diri dan melepaskan jawatan sebagai Pengurus Pasukan B-17 serta merta.

“Melepaskan jawatan sebagai Pengurus Pasukan B-17 ini adalah jalan yang terbaik untuk membuka peluang kepada muka baharu menggalas tanggungjawab membawa skuad negara ke peringkat lebih tinggi sehingga mencapai misi ke Piala Dunia.

“Kita memulakan kempen dengan tunduk kepada Emeriah Arab Bersatu (UAE) 2-0 dan kemudian seri di tangan tuan rumah semalam, sekaligus terlepas tiket ke Piala Asia 2025 apabila mengakhiri saingan peringkat kumpulan H dengan satu mata di tangga kedua.

“Kegagalan ini amat pahit untuk ditelan dan amat sedih apatah lagi kita tidak dapat mengulangi kejayaan tahun lalu, yang mana skuad negara berjaya layak ke Piala Asia B-17 2023.

“Terima kasih kepada FAM terutama Presiden FAM, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin di atas peluang, sokongan dan pengalaman berharga yang saya perolehi sepanjang saya berkhidmat sebagai Pengurus Pasukan B-17, dibawah bimbingan serta pentadbiran beliau.

“Saya amat menghargai segala peluang yang telah diberikan kepada saya dan pengalaman berkhidmat untuk negara ini adalah sesuatu yang amat membanggakan buat saya yang tidak mungkin akan dapat saya lupakan.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kesemua pemain teutama ibu bapa pemain yang banyak berkorban memberi sokongan sebagai pemain ke-12 di Laos dan juga dalam semua perlawanan-perlawanan Pasukan Kebangsaan B-17 sepanjang saya berkhidmat.

“Terima kasih kepada Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donnel dan juga Pengarah Teknikal NFDP, Oscar Francisco Gonzalez.

“Tidak lupa juga terima kasih buat jurulatih, Javier Jorda Ribera dan kesemua pegawai kejurulatihan B-17 dan semua pihak yang membantu kami.

“Meskipun diakui masih banyak yang perlu pasukan perbaiki tetapi saya yakin muka baharu yang menggantikan tempat saya nanti mampu menjalankan tanggungjawab lebih baik.

“Terima kasih dan Selamat Maju Jaya buat Pasukan Kebangsaan B-17,” jelas beliau yang juga merupakan EXCO FAM.

Untuk rekod, Harimau Malaya B-17 sekadar meraih satu mata hasil satu kekalahan serta sekali seri dalam saingan Kumpulan H, sekali gus menyebabkan mereka tersingkir untuk ke pentas Piala Asia 2025.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN