RASMI: Penantian ‘Yob-Yong’ Berakhir, Shakir Hamzah Sah Sertai Perak

Shakir Hamzah

Penantian penyokong Perak berakhir sebentar tadi apabila kelab tersebut mengesahkan kehadiran pemain import dari Singapura, Muhammad Shakir Hamzah menyertai pasukan bagi menghadapi saingan musim 2021.

Pengumuman rasmi menerusi video pengenalan pemain dilakukan laman Facebook rasmi Perak TBG itu telah menjawab persoalan peminat skuad Yob yang menantikan bilakah bekas tonggak Kedah tersebut akan sah bergelar pemain Perak.

Hal ini kerana berita kehadiran Shakir ke Perak bukanlah satu rahsia lagi susulan beberapa sumber wartawan tempatan sudah pun mengesahkan perkara tersebut sejak dari awal lagi.

Difahamkan pemain pertahanan kental yang berusia 28 tahun itu memeterai kontrak selama dua musim bersama Perak.

Shakir menjadi pemain ketiga yang dibawa masuk oleh skuad kendalian Mehmed Durakovic itu selepas mereka sebelum ini merekrut penjaga gol, Muhammad Azri Abdul Ghani dan Muhammad Danish Haziq Saipul Hisham pada awal bulan ini.

Dengan keinginan Perak untuk mendapatkan pemain import kuota Asia di bahagian sayap kiri, ini bermakna Shakir akan bergandingan bersama ketua pasukan, Shahrul Mohd Saad bagi mengepalai posisi pertahanan tengah.

Pada musim lalu, Shahrul telah digandingkan bersama pemain import tinggi lampai kelahiran Australia, Antony Golec di mana Perak telah dibolosi 19 gol dalam 11 perlawanan liga dan sudah pastinya bolos tujuh gol ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi igauan ngeri buat mereka.

Shakir hadir ke Ipoh dengan reputasi baik apabila beliau menjadi antara tonggak dalam membantu Kedah menjuarai Piala FA 2019 dan menamatkan saingan Liga Super 2020 di tangga kedua untuk skuad Lang Merah layak ke kempen Piala AFC 2021.

Lebih menarik, kedua-dua detik penting itu hadir ketika Shakir membantu Kedah menundukkan Perak dan pasukan yang ditewaskannya itu menjadi destinasi baharu buat kariernya.

Selain Piala FA 2019, Shakir turut pernah menjulang trofi Liga Super 2013 dan Piala FA 2015 ketika menyarung jersi pasukan jemputan Liga Malaysia, LionsXII.

Kredit featured image: Facebook Perak TBG

Baca artikel lain dari kami mengenai Shakir Hamzah:

Shakir Hamzah Minta Maaf Di Atas Komen Celupar Kepada Leandro

Shakir Hamzah Enggan Layan Provokasi Bakal Dijelmakan Leandro Dos Santos

Shakir Hamzah Umum Tinggalkan Kedah, Bakal Kembali Ke S-League?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN