Persiapan untuk saingan Pestabola Merdeka yang bakal memulakan kempen mereka beberapa hari lagi sedikit tergendala selepas salah satu pasukan bertanding iaitu Palestin sah menarik diri.
Kenyataan itu dikeluarkan sendiri menerusi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan menyatakan pasukan tersebut tidak akan turut serta dalam kejuaraan tersebut.
Siaran Media: Palestin Sah Tarik Diri, FAM Kekal Format Pestabola Merdeka 2023
▶️ Baca penuh di https://t.co/mlBcKNw5F3#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2023 pic.twitter.com/HqA5x3kRv9
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 10, 2023
Menurut info dikeluarkan, Palestin tidak dapat menyertai kejohanan itu kerana pergolakan yang kini sedang berlaku di negara tersebut untuk memastikan mereka mampu berlepas ke Malaysia.
“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan bahawa format pertandingan Pestabola Merdeka 2023 adalah dikekalkan biarpun ia kini disertai hanya tiga pasukan – Malaysia, India dan Tajikistan.
“Pasukan Palestin terpaksa menarik diri daripada menyertai edisi ke-42 ini kerana tidak dapat terbang ke Kuala Lumpur ekoran situasi tegang di negara berkenaan ketika ini,” kata kenyataan itu.
Disebabkan situasi itu, beberapa rombakan baharu akan berlaku dengan Malaysia tetap akan menghadapi India pada 13 Oktober ini pada jam 9 malam.
Manakala Tajikistan yang sepatutnya berdepan Palestin sah terus ke pusingan akhir untuk bertemu pemenang antara Malaysia dan India pada 17 Oktober.
“Berdasarkan jadual asal, Palestin dijadual bertemu Tajikistan (4.30 petang) manakala Malaysia berdepan India (9.00 malam) pada Jumaat, 13 Oktober 2023, yang mana dua pasukan yang tewas akan merebut tempat ketiga (4.30 petang) manakala dua pasukan yang menang akan ke Final (9.00 malam) pada Selasa, 17 Oktober 2023, dengan kesemua empat perlawanan tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
“Namun berdasarkan situasi terbaharu, Malaysia kekal akan bertemu India pada Jumaat, 13 Oktober 2023 (9.00 malam) di Stadium Nasional manakala Tajikistan kini mendapat ‘bye’ dan akan terus layak ke Final pada Selasa, 17 Oktober 2023 (9.00 malam) di Stadium Nasional untuk bertemu pemenang perlawanan Malaysia dan India.
“Ini bermakna, hanya satu perlawanan akan berlangsung pada Jumaat, 13 Oktober 2023 dan satu perlawanan pada Selasa, 17 Oktober 2023 iaitu tiada perlawanan penentuan tempat ketiga pada hari tersebut,” kata kenyataan itu lagi.
Pada masa sama, FAM juga menyatakan hanya itu langkah terbaik dapat dilakukan mereka pada hasil mesyuarat diadakan selain kekangan masa membataskan segalanya.
The competition format of the 2023 Merdeka Tournament had to be changed when only three teams competed : India 🇮🇳, Tajikistan 🇹🇯 and Malaysia 🇲🇾 after Palestine withdrew due to counter-attacks in the Gaza Strip.
Teams will play in a round robin to determine the champion team pic.twitter.com/igsbYAA3L7
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 9, 2023
“Perubahan format tersebut adalah solusi terbaik yang telah dicapai pada mesyuarat khas di antara FAM selaku penganjur Pestabola Merdeka 2023 bersama pengurusan pasukan India dan Tajikistan, pagi tadi selepas mengambil kira kekangan masa berikutan penarikan diri pasukan Palestin.
“Sementara itu, untuk bersikap adil kepada kira-kira 25,000 penyokong yang telah pun membeli tiket bagi menyaksikan kedua-dua Hari Perlawanan pada 13 dan 17 Oktober itu, FAM mengambil keputusan untuk mengekalkan harga tiket berkenaan (bagi semua kategori) biarpun kini membabitkan hanya satu perlawanan pada setiap Hari Perlawanan tersebut.”