Chelsea terus menjual beberapa pemain muda berbakat mereka. Kali ini, Chelsea menjual Nathan Ake ke Bournemouth, kelab yang pernah meminjam pemain tersebut musim lalu.
Pada musim 2016/17, Bournemouth meminjam Ake untuk satu musim. Namun Antonio Conte memanggil pemain tersebut pada jendela perpindahan separuh musim selepas krisis di bahagian pertahanan.
Ake menjadi antara pemain yang cemerlang di EPL ketika beraksi untuk Bournemouth. Beliau turut menjaringkan 3 gol untuk Bournemouth pada musim lalu.
Chelsea menerima bidaan £20 juta untuk Nathan Ake. Menjadikan ia nilai perpindahan tertinggi yang pernah dibayar kelab tersebut. Berita tersebut disahkan oleh laman rasmi kelab tersebut:
Ake gembira dengan perpindahan ini. Beliau teruja untuk bergabung semula dengan Eddie Howe, jurulatih yang bertanggungjawab membangunkan beliau musim lalu. Ake bekata:
“Saya teruja dengan cabaran ini. Chelsea kelab yang hebat dan saya belajar banyak perkara di sana. Tetapi langkah saya kali ini penting untuk pembangunan dalam karier saya.”
“Bournemouth adalah tempat yang tepat untuk saya membangunkan diri.”
“Penyokong masih belum lagi menyaksikan yang terbaik dari saya. Saya seorang yang sentiasa meletakkan penanda aras yang tinggi dalam diri saya ketika melakukan sesuatu.”
“Dengan adanya bantuan dari pengurus di sini, saya tahu yang saya akan terus membangun sebagai pemain yang lebih baik.”
Eddie Howe juga gembira dengan kejayaan mendapatkan Ake. Howe menyifatkan Ake sebagai antara pemain terbaik mereka pada musim lalu dan memiliki sikap yang terbaik untuk berjaya.