RASMI: Nafuzi Zain Kini Sah Dilantik Sebagai Jurulatih Baharu Kedah

Kedah Darul Aman (KDA) tampil sebagai antara pasukan yang sibuk mempersiapkan diri dalam usaha untuk mencabar kejuaraan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim hadapan.

Terbaharu, pasukan tersebut sah menandatangani khidmat pengendali muda berbakat besar iaitu Nafuzi Zain selaku jurulatih utama kelab pada musim hadapan.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi laman Facebook rasmi KDA yang memaparkan pengenalan video jurulatih tersebut selain satu gambar Nafuzi untuk tatapan para penyokong.

Ura-ura sejak beberapa bulan ini di media sosial mengenai penghijrahan jurulatih kelahiran Kelantan itu sudah pun bertebaran sebelum ini dalam kalangan penyokong.

Namun, ianya tidak dapat dibuktikan apabila ketika itu Nafuzi masih lagi bertugas sebagai jurulatih utama buat Terengganu.

KDA yang bertindak untuk berpisah dengan lebih awal bersama bekas pengendali, Aidil Sharin Sahak sebelum itu telah dikendalikan seketika oleh jurulatih interim iaitu Victor Andrag.

Tampil dengan rekod tidak begitu memuaskan sejak awal musim berlangsung, menyebabkan pasukan itu gagal untuk mara lebih jauh dalam mana-mana kejohanan disertai termasuk saingan Piala AFC.

Di peringkat domestik, kelab tersebut terpaksa berputih mata selepas mereka gagal mendapatkan slot untuk ke pentas asia disebabkan kedudukan pasukan itu dalam carta liga yang agak menyedihkan.

Tampilnya Nafuzi Zain kali ini, pasukan tersebut akan membuat rombakan baharu selepas empat musim KDA berada bawah kejurulatihan Aidil Sharin.

Kebolehan Nafuzi jelas tidak perlu dipertikaikan lagi, selepas beliau berjaya membawa Terengganu untuk beraksi pada satu tahap yang berbeza dengan berbekalkan ramai pemain muda berkualiti.

Musim ini menyaksikan Terengganu tampil selaku naib juara Piala FA, kedudukan kedua Liga Super, serta melayakkan diri ke pusingan separuh Piala Malaysia dengan mempamerkan aksi cukup cemerlang bersama Nafuzi.

Dikhabarkan juga seorang pemain import yang sebelum ini beraksi bersama Terengganu bawah kendalian Nafuzi iaitu Manny Ott dijangka turut bakal memperkuatkan KDA musim hadapan.

Setakat ini, pasukan tersebut sah menyingkirkan lima pemain import mereka musim 2022 dan tiada sebarang khabar terbaharu mengenai calon seterusnya untuk memperkuatkan kelab.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN