Rasmi! Melaka United Umum 8 Pemain Baru Perkuat Pasukan

Melaka United mengesahkan mereka sudah menandatangani 8 pemain baru untuk baki musim ini.

Berita itu dikongsikan di dalam laman facebook rasmi Melaka United sebentar tadi.

Satu majlis pengenalan pemain kepada media dan pernyerahan jersi telah pun dilangsungkan di hadapan wakil media.

3 pemain import baru antara yang bakal membarisi skuad Melaka United. Mereka adalah Felipe Souza, Jasmin Mecinovikj dan bekas pemain Negeri Sembilan Marko Simic.

5 lagi pemain adalah Nicholas Ryan Swirad, S. Sivanesan, Fandi Othman, Norhakim Isa, dan pemain sayap sensasi Azinee Taib.

Berdasarkan nama-nama pemain yang ada, ada beberapa pemain prospek yang sangat baik di dalam skuad Melaka termasuk Norhakim Isa dan Fandi Othman.

Azinee Taib antara pemain terbaik di dalam Liga Malaysia ketika bersama Pulau Pinang.

Beliau berjaya menambat hati Mario Gomez dan menyertai skuad JDT. Musim lalu, Azinee Taib antara pemain pilihan utama Gomez. Namun aksi tidak konsisten beliau pada akhir musim membuatkan Azinee kehilangan tempat.
azn
Azinee diturunkan ke skuad JDTII. Dan kini adalah masa untuk beliau menyinar semula di pentas liga utama.

Melaka pastinya berharap dengan tambahan pemain-pemain ini dapat menyelamatkan musim mereka daripada tersingkir.

Seterusnya, Melaka akan memberikan tumpuan kepada kempen Piala Malaysia.

Buat masa ini, Melaka United masih belum menamakan jurulatih baru skuad mereka untuk menggantikan Eric Williams yang ditamatkan kontrak.

Kredit foto: Melaka United Official Facebook

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN