Johor Darul Ta’zim baru sahaja mengumumkan pemain terbaharu mereka iaitu Matthew Davies.
Bekas kapten pasukan Pahang itu yang bermain di posisi bek kanan, sebelum ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Pahang di dalam muat naik di media sosial beliau.
Davies – pemain kebangsaan Harimau Malaya – diperkenalkan dalam satu majlis rasmi JDT sebentar tadi. Pemain itu akan memakai jersi No.2.
Welcome Matthew Davies
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 17, 2020
More photos at https://t.co/hf1klavM9g
Hidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll pic.twitter.com/RW8p3OEtkj
Berbaki kurang dua minggu lagi, Tok Gajah menerima tamparan hebat apabila kapten mereka akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan yang dalam persediaan akhir.
Pertahanan berusia 25 tahun itu turut menyatakan yang Pahang sentiasa istimewa di hatinya selepas mula menyertai pasukan tersebut bermula pada musim 2015 yang lalu.
Selepas lima tahun dan menjadi kapten untuk empat tahun, pertahanan kacukan Malaysia-Australia itu memutuskan ini adalah masa sesuai buat dirinya untuk mencari cabaran baharu walaupun pada awal tahun lalu beliau komited untuk terus bersama Pahang.
Namun, mungkin atas kesempitan dan masalah kewangan pasukan ketika ini, Pahang dan Matt Davies terpaksa menerima tawaran ke atasnya yang masih berbaki setahun kontrak.
“Hari ini merupakan hari yang sukar buat saya kerana terpaksa memberitahu bahawa hari ini merupakan hari terakhir saya bersama Pahang FA. Setelah lima musim dengan kelab ini dengan lebih 150 perlawanan, akhirnya saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal.
“Amat sukar untuk saya mengucapkan dengan kata-kata bahawa negeri ini amatlah bermakna buat saya dan betapa sukarnya untuk berpisah,” ucapnya dalam kenyataan tersebut.
Dikesempatan itu, Matt Davies turut meninggalkan ucapan terima kasihnya kepada beberapa pihak terutamanya pengurusan pasukan, rakan-rakan sepasukan, para penyokong dan juga Tengku Muda Pahang (TMP) atas sokongan kepadanya selama bersama Pahang.
“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan sepasukan saya, kakitangan Pahang FA dan terutama sekali para peminat.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TMP kerana selalu mempercayai saya dan membenarkan saya menjadi kapten pasukan ini sejak 2016,” tambahnya.
Sebelum menutup bicara dalam postingnya, Matt Davies dilihat turut menegaskan sekali lagi yang, “Pahang akan selamanya ada tempat yang istimewa di hati saya.”
Selamat maju jaya kepada Matthew Davies dengan pasukan baru.
KREDIT FOTO: PAHANG FA