RASMI: Matteo Darmian Pulang Ke Itali

Pertahanan sisi Manchester United, Matteo Darmian sah meninggalkan Red Devils. Pemain kebangsaan Itali itu kembali semula ke negaranya untuk menyertai Parma.

Darmian menyertai Manchester United pada 2015, dengan perpindahan £12.6 juta dari Torino dengan bonus tambahan sekitar £3.5 juta.

Ketika itu Manchester United diuruskan oleh Louis Van Gaal.

Beliau merupakan bakat yang menjadi rebutan banyak pasukan pada ketika itu.

Sejak menyertai Manchester United beliau gagal memenuhi ekspektasi daripada penyokong di Old Trafford. Darmian gagal menjadi pemain utama pasukan dan juga berhadapan dengan beberapa siri kecederaan.

Musim lalu Darmian hanya bermain 7 perlawanan untuk Manchester United.

Sejak Disember 2017, beliau hanya bermain 13 kali sahaja. Kontrak semasa beliau dengan Manchester United sepatutnya berakhir pada Jun 2020.

Menurut Simon Peach, Parma membayar £3.5 untuk mendapatkan khidmat Darmian. Dengan kontrak sehingga 2023. Manchester United memiliki klausa pecahan atas jualan sekiranya Darmian dijual.

Darmian meminta untuk dijual ke Itali pada jendela perpindahan Januari lalu. Namun ketika itu Ole Gunnar Solskjaer memujuk pemain itu untuk terus kekal kerana kurang opsyen di bek sisi.

Selamat maju jaya di Parma kepada Matteo Darmian.

Leave a Reply