Rasmi: Manuel Neuer Adalah Kapten Baru Bayern Munich

Bayern Munich mengumumkan Manuel Neuer sebagai kapten baru kelab tersebut menggantikan Phillip Lahm yang bersara. Neuer sebelum ini turut  menggantikan Schweinsteiger sebagai kapten Jerman.

Manuel Neuer menyertai Bayern Munich pada 2011 daripada seteru mereka, Schalke. Beliau terus membangun menjadi penjaga gol yang hebat.

Neuer adalah penjaga gol no.1 dunia untuk 4 musim terakhir. Beliau memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA dari 2013 hingga 2006.

Beliau setakat ini sudah beraksi 187 perlawanan untuk Bayern Munich dan mencatatkan 104 clean sheet. 

Pengumuman kapten baru itu dibuat oleh Bayern Munich yang kini sedang berada di Shanghai.

Dengan pengumuman ini, Manuel Neuer menjadi penjaga gol ke-4 pernah menjadi kapten Bayern Munich mengikut jejak langkah  Oliver Kahn, Raimond Aumann dan Sepp Maier.

Rummenigge berkata: “No.1 (penjaga gol) kami adalah no.1. Neuer sudah berpengalaman banyak di dalam bola sepak profesional. Beliau akan mengambil alih lilitan kapten yang ditinggalkan Lahm.”

Manuel Neuer sudah berusia 31 tahun, membantu Bayern Munich menjuarai Bundesliga untuk kali ke-5 berturut-turut musim lalu.

Buat masa ini Manuel Neuer tidak bersama kelab di Shanghai. Ini kerana Neuer kekal di Bayern Munich untuk meneruskan pemulihan kecederaan beliau.

Jadi, tugasan kapten buat masa ini digalas oleh Thomas Muller. Namun begitu, pengurus Bayern, Carlo Ancelotti yakin Manuel Neuer akan bersedia untuk memulakan perlawanan pertama Bundesliga musim hadapan.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN