Bayern Munich mengumumkan Manuel Neuer sebagai kapten baru kelab tersebut menggantikan Phillip Lahm yang bersara. Neuer sebelum ini turut menggantikan Schweinsteiger sebagai kapten Jerman.
Manuel Neuer menyertai Bayern Munich pada 2011 daripada seteru mereka, Schalke. Beliau terus membangun menjadi penjaga gol yang hebat.
Neuer adalah penjaga gol no.1 dunia untuk 4 musim terakhir. Beliau memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik FIFA dari 2013 hingga 2006.
Beliau setakat ini sudah beraksi 187 perlawanan untuk Bayern Munich dan mencatatkan 104 clean sheet.
Pengumuman kapten baru itu dibuat oleh Bayern Munich yang kini sedang berada di Shanghai.
Dengan pengumuman ini, Manuel Neuer menjadi penjaga gol ke-4 pernah menjadi kapten Bayern Munich mengikut jejak langkah Oliver Kahn, Raimond Aumann dan Sepp Maier.
Rummenigge berkata: “No.1 (penjaga gol) kami adalah no.1. Neuer sudah berpengalaman banyak di dalam bola sepak profesional. Beliau akan mengambil alih lilitan kapten yang ditinggalkan Lahm.”
Manuel Neuer sudah berusia 31 tahun, membantu Bayern Munich menjuarai Bundesliga untuk kali ke-5 berturut-turut musim lalu.
Buat masa ini Manuel Neuer tidak bersama kelab di Shanghai. Ini kerana Neuer kekal di Bayern Munich untuk meneruskan pemulihan kecederaan beliau.
Jadi, tugasan kapten buat masa ini digalas oleh Thomas Muller. Namun begitu, pengurus Bayern, Carlo Ancelotti yakin Manuel Neuer akan bersedia untuk memulakan perlawanan pertama Bundesliga musim hadapan.