RASMI: Man Utd Umum Erik ten Hag Sebagai Pengurus Baharu

Manchester United secara rasmi telah mengumumkan Erik ten Hag sebagai pengurus baharu kelab tersebut bermula pada penghujung musim ini.

Ini bermakna Ten Hag akan terus kekal bersama Ajax sehingga ke penghujung musim ini dan dijadualkan akan menyertai Manchester United untuk latihan pra musim bagi menghadapi saingan musim baharu.

Jurulatih berusia 52 tahun itu diberikan kontrak selama tiga tahun sehingga 2025, dengan pilihan sambungan selama setahun yang boleh diaktifkan jika diperlukan.

“Sejak empat tahun lalu bersama Ajax, Erik telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang jurulatih paling berjaya dan berkemampuan di Eropah, dikenali dengan corak permainan menarik dan bola sepak menyerang, selain komitmen terhadap pembangunan pemain muda,” kata John Murtough, Pengarah Bola Sepak kelab di laman sesawang Man Utd untuk mengumumkan pelantikan Ten Hag.

“Berdasarkan perbualan kami bersama Erik sehingga kepada pelantikkannya ini, kami amat teruja dengan visi jangka masa panjang untuk mengembalikan Manchester United ke tahap di mana ia sepatutnya. Begitu juga dengan semangat dan kesungguhan yang ditampilkannya.

“Kami mahu mengucapkan selamat maju jaya kepada Erik tatkala beliau mulai memberikan fokus untuk mencapai lebih banyak kejayaan bersama Ajax pada penghujung musim ini, dan kami tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangannya pada musim panas nanti.”

Erik ten Hag melalui kenyataan bersama turut berkata ia satu penghormatan untuk mengendalikan kelab seperti Manchester United.

Beliau juga sedar akan harapan peminat dan sejarah kelab yang sudah biasa dengan kejayaan dan deretan trofi dimenangi selama ini, dan kini bersedia untuk mengembalikan kegemilangan juara Liga Inggeris sebanyak 20 kali itu.

“Ianya sukar untuk meninggalkan Ajaz selepas beberapa musim menakjubkan, dan saya memberi jaminan kepada setiap penyokong komitmen penuh dan fokus untuk memastikan musim ini diakhiri dengan kejayaan sebelum saya menyertai Manchester United,” ujar Ten Hag.

Pelantikan Erik ten Hag menamatkan spekulasi siapakah pengganti Ole Gunnar Solksjaer yang dipecat pada November tahun lalu.

Tanpa seorang pengurus tetap, pasukan itu kemudiannya dikendalikan oleh Ralf Rangnick secara sementara.

Ten Hag akan menjadi pengurus kelima yang dilantik secara tetap oleh Manchester United sejak persaraan Sir Alex Ferguson pada 2013 selepas David Moyes, Louis Van Gaal, Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN