RASMI: Luqman Hakim Sertai Kelab Divisyen 2 Di Iceland Secara Pinjaman

Setelah berdepan kesukaran untuk mendapat minit permainan yang mencukupi di Belgium bersama K.V Kortrijk, akhirnya penyerang muda negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin bakal membuka lembaran baharu beliau pada tahun ini.

Luqman secara rasminya menyertai kelab divisyen kedua di Iceland iaitu Njarðvík dan sudah pun diumumkan pasukan tersebut menerusi media sosial rasmi mereka beberapa jam yang lalu.

Untuk info Njarðvík kini beraksi dalam saingan divisyen kedua di Iceland yang dikenali sebagai Lengjudeild karla serta mempunyai rekod yang agak baik di sana.

Perpindahan Luqman ke sana juga dianggap sebagai sesuatu yang sensasi, selepas pasukan tersebut turut memperkenalkan beliau menerusi suatu rakaman video.

Menerusi kenyataan rasmi kelab, penyerang muda negara itu menyertai Njarðvík secara pinjaman daripada K.V Kortrijk untuk musim 2023.

“Kelab bola sepak Njarðvík telah mencapai persetujuan dengan kelab Liga Perdana Belgium K.V. Kortrijk untuk mendapatkan Luqman Hakim secara pinjaman sehingga 2023.

“Berasal dari Malaysia, Luqman adalah pemain penyerang yang mempunyai jumlah dua aksi kelas A untuk Malaysia, serta bermain untuk pasukan pembangunan negara yang tidak terkira banyaknya.

“Luqman yang berusia 20 tahun berada dalam senarai The Guardian daripada 60 pemain muda paling bernilai pada 2019,” jelas kenyataan tersebut.

Memetik kenyataan Grandstandkita.net, salah satu sebab Luqman menyertai kelab terbaharunya ini di Iceland adalah untuk kembali mendapatkan minit permainan secukupnya.

Musim ini jelas Luqman masih lagi belum menemui rentak terbaiknya lagi dalam saingan utama di Belgium bersama K.V Kortrijk dan hanya dimasukkan sekali selaku pemain gantian pada 22 Oktober.

Ketika itu, Luqman hanya dimasukkan pada minit akhir perlawanan untuk sebagai pemain gantian ketika mereka menentang Westerloo.

Walaupun menjadi antara pemain utama skuad bawah 21 (B-21) pasukan itu, segalanya tidak begitu berjalan lancar untuk Luqman yang mengharapkan aksi bersama pasukan senior.

Disebabkan itu, beberapa usaha untuk memindahkan beliau telah pun dibuat pada jendela perpindahan musim panas lalu untuk membenarkan Luqman mendapat lebih banyak minit permainan.

Walaupun menyertai kelab divisyen kedua di Iceland, nyata Njarðvík bukan suatu pasukan yang biasa kerana mereka pernah menjuarai Lengjudeild karla pada musim lalu.

Saingan liga tersebut akan bermula 11 Februari ini, dan Luqman bakal mempunyai peluang untuk mencipta penampilan sulungnya di Iceland.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN