RASMI: Joao Felix Adalah No.7 Baharu Atletico Madrid Yang Bernilai £113 Juta

Atletico Madrid akhirnya mengumumkan Joao Felix sebagai pemain baharu mereka dengan rekod perpindahan kelab iaitu £113 juta.

Pemain berusia 19 tahun itu juga menjadi pemain dengan harga termahal dalam perpindahan kali ini untuk bayaran tidak termasuk bonus.

Atletico telah membayar klausa pelepasan yang ada pada kontrak pemain kebangsaan Portugal tersebut. Ia juga menjadikan Joao Felix sebagai pemain remaja kedua termahal dalam sejarah – ketika ini – selepas Kylian Mbappe.

Benfica juga mencipta rekod penjualan tertinggi di dalam sejarah mereka. Ia juga merupakan tebus harga tertinggi untuk klausa pelepasan dalam sejarah Liga Portugal.

Joao Felix yang digelar sebagai Kaka baru, setuju dengan kontrak 7 tahun. Dan beliau disahkan sebagai pemakai jersi no.7 terbaharu kelab.

Sekaligus mengesahkan bahawa Antoine Griezmann sudah tidak lagi memakai nombor tersebut – dan semakin hampir diumumkan oleh kelab baharu beliau. Ramai yang masih lagi percaya bahawa kelab itu adalah Barcelona.

Joao Felix melakukan debut beliau pada Ogos lalu, dan menjaringkan 15 gol – membantu Benfica menjuarai liga.

Sebelum menyertai Benfica, Joao Felix merupakan pemain akademi Porto. Beliau melakukan debut antarabangsa menentang Switzerland dalam separuh akhir UNL.

Felix menjaringkan hatrik dalam UEL ketika menentang Eintracht Frankfurt. Menjadikan beliau pemain Portugis dan juga pemain Benfica paling muda menjaringkan gol di pentas Eropah.

Atletico sudah mendapatkan beberapa lagi pemain termasuk Hector Herrera dan Felipe.

Selain daripada penjualan Griezmann, Atletico juga dilaporkan sudah menerima bidaan daripada Manchester City untuk Rodri – bayaran klausa pelepasan sebanyak £62.8 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN