RASMI: JDT Tandatangani Liridon Krasniqi

Liridon Krasniqi sah menjadi pemain baharu JDT. Pengumuman tersebut dibuat secara rasmi oleh JDT menerusi Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.

Sebelum ini TMJ sudah berjanji akan mengumumkan pemain baharu JDT pada Jumaat, iaitu hari ini.

Rumors perpindahan Liridon Krasniqi ke JDT sudah menjadi bualan sejak beberapa minggu lalu.

Ini apabila bekas bintang Kedah itu menyertai sesi latihan JDT. Namun segalanya tidak dimuktamadkan lagi pada ketika itu.

Sebentar tadi JDT mengesahkan pemain tersebut akan menguatkan lagi jentera tengah pasukan JDT pada musim akan datang.

Jurulatih JDT, Benjamin Mora yakin Liridon akan memberikan impak di dalam pasukan mereka pada musim akan datang.

JDT sangat mengalu-alukan kedatangan Liridon Krasniqi yang sudah memiliki pengalaman lama beraksi di Liga Malaysia.

Sebelum ini Liridon Krasniqi bermain untuk pasukan Kedah. Beliau kemudiannya beraksi untuk pasukan Melaka. Tetapi ketika di Melaka boleh dikatakan ramai yang lupa beliau bermain di sana kerana masalah kecederaan.

Kehadiran Liridon akan memberikan persaingan sengit di bahagian tengah JDT.

Beliau boleh bermain di semua posisi di bahagian tengah terutama sekali attacking Midfielder. Liridon merupakan pemain box to box.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN