Rasmi: Hariss Harun Pulang Ke JDT, 2 Pemain Baru Akan Diumumkan Tak Lama Lagi

Semalam JDT mengumumkan kepulangan semula Hariss Harun ke dalam pasukan mereka. Musim lalu, pemain kebangsaan Singapura ini dipinjamkan keluar sebagai satu langkah JDT mengurangkan beban perbelanjaan untuk musim lalu.

Khidmat Hariss Harun ternyata masih diperlukan oleh JDT. Hariss Harun adalah pemain penting JDT dalam membantu pasukan tersebut ketika menjuarai Piala AFC 2015.

Beliau adalah pemain tengah pertahanan. Posisi yang JDT bergelut untuk isi awal musim lalu selepas pemergian Hariss Harun. Namun selepas itu, Afiq Fazail berjaya mengisi tempat tersebut.

Sebelum itu, JDT mengumumkan kepulangan Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz.

Rata-rata peminat JDT gembira dengan kepulangan Hariss Harun.

Tidak lama selepas itu, Pengarah Sukan JDT, Martin Prest memberitahu 2 pemain baru lagi bakal diumumkan dalam masa beberapa hari lagi. Dalam kenyataan rasmi beliau di JST, Martin Prest berkata:

“Kami sudah lama merancang untuk memperkuatkan pasukan utama bagi musim yang baharu.”

“Oleh itu kami ada dua orang pemain luar negara yang akan mengisi slot kuota Asia dan seorang lagi akan menjadi pemain naturalisasi untuk ditandatangani sebagai pemain baharu Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.”

“Kami akan umumkan kedua-dua pemain ini kepada para penyokong tidak lama lagi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN