RASMI: Graham Potter Kini Dilantik Sebagai Pengurus Brighton & Hove Albion

Karier beliau terus meningkat dari masa ke masa!

Pengurus muda berbangsa Inggeris, Graham Potter kini telah pun diberikan tugasan terbesar dalam karier pengurusan beliau setakat ini apabila dilantik sebagai pengurus Brighton & Hove Albion.

Menurut laman BBC Sport, pasukan Premier League itu telah berjaya mendapatkan Potter yang memilih untuk meninggalkan Swansea City yang bermain di EFL Championship.

Menerusi kenyataan rasmi kelab, Brighton & Hove Albion cukup gembira apabila berjaya mendapatkan khidmat pengurus muda yang cukup berpotensi untuk kelab mereka.

“Kami cukup gembira apabila berjaya mendapatkan khidmat salah seorang pengurus muda Inggeris yang cukup berpotensi.”

“Graham Potter mempunyai rekod yang cukup baik dalam membangunkan pasukan dengan corak permainan yang menarik, keazaman yang tinggi serta semangat berpasukan yang kuat.”

“Kami yakin yang beliau cukup sesuai untuk mengemudi kelab ini. Kami teruja dengan musim ketiga kami di Premier League dan kami berharap dapat membina pasukan hasil asas yang telah ditinggalkan oleh Chris Hughton.”

Brighton & Hove Albion berpisah dengan Chris Hughton walaupun pengurus itu berjaya mengekalkan status pasukan itu sebagai pasukan Premier League.

Pemecatan beliau dari jawatan pengurus pasukan itu telah mengundang reaksi kurang senang para penyokong kelab yang berasa Hughton masih layak untuk mengemudi The Seagulls.

Potter sebelum ini menjadi pengurus buat pasukan Ostersund dari Sweden yang dimana nama beliau melonjak naik selepas berjaya membawa kelab itu ke saingan kalah mati Europa League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN