Kita semua tahu bahawa jodoh Carlo Ancelotti bersama Napoli berakhir pada malam terakhir perlawanan UCL peringkat kumpulan.
Di mana Ancelotti berjaya membantu Napoli mara ke pusingan kalah mati. Namun keputusan tentang masa depan beliau sudah diputuskan lebih awal.
Dalam tugasan terakhirnya, pengurus legenda itu membantu Napoli menang 4-0 ke atas Genk.
Pemecatan Ancelotti adalah berikutan prestasi tidak menentu Napoli di dalam Serie A. Pemilik pasukan mengharapkan Napoli dapat mencabar kejuaraan liga. Namun ianya jelas sekali tidak berlaku sejak beliau mengambil alih.
Napoli kini berada di tangga ke-7 dalam saingan Serie A.
Tempat pengendali berusia 60 tahun itu diambil alih oleh bekas anak murindnya iaitu Gennaro Gattuso.
Berita itu sudah pun diumumkan oleh Napoli secara rasmi semalam.
Gatusso merupakan bekas pengurus AC Milan sebelum ini. Beliau melepaskan jawatannya di AC Milan selepas gagal membantu kelab itu mara ke UCL.
Gatusso akan memulakan tugasan beliau di Napoli berkuatkuasa serta merta.
#WelcomeGattuso 💙 #ForzaNapoliSempre pic.twitter.com/dzmNApimTX
— Official SSC Napoli (@sscnapoli) December 11, 2019
Gatusso dalam kenyataannya berkata: “Kita perlu bekerja keras dan memenangi semula beberapa mata dalam detik sukar ini.”
“Misi utama kita adalah mendapatkan sebanyak mana mata dan kembali ke posisi untuk layak ke UCL musim hadapan.”
Memberikan komen tentang bekas pengurus beliau ketika di AC Milan, Gatusso berkata: “Beliau seperti ayah kepada saya. Beliau sentiasa rapat dan menyokong saya.”
“Beliau sudah menang banyak trofi di dalam kariernya. Saya pula masih banyak yang saya perlu buktikan di dalam karier.”