Manchester United mengumumkan Fred sebagai pemain baru mereka dengan kontrak selama 5 tahun. Pemain tengah Brazil itu dibeli dengan nilai £52 juta oleh Man. United dari Shakhtar Donetsk.
Fred yang terus menjalani pemeriksaan kesihatan pada Isnin selepas perlawanan persahabatan Brazil menentang Croatia dia Anfield.
Ini adalah pembelian kedua dilakukan Mourinho kali ini selepas bek sisi Porto, Diogo Dalot yang juga dilaporkan menandatangani kontrak 5 tahun.
Fred adalah pemain tengah yang boleh bermain di peranan no.6. Mourinho memerlukan pemain seperti ini dalam sistem beliau. Sebelum ini Mourinho seringkali mahukan pemain seperti Carrick dalam pasukan.
Namun Carrick tidak boleh bermain setiap minggu atas faktor usia dan akhirnya mengumumkan persaraan. Kehadiran Fred dijangka akan memberikan lebih kebebasan kepada Pogba untuk menyerang. Fred dijangka akan bergandingan dengan Matic sebagai pivot.
Mourinho masih perlu menguatkan bahagian tengah beliau kerana mereka dijangka akan kehilangan Fellaini.
Fred berada dalam senarai pemain yang akan bermain dalam skuad Piala Dunia Brazil. Januari lalu, Pep Guardiola dilaporkan mahu mendapatkan beliau namun Shakhtar enggan menjual kerana mereka mara ke pusingan kalah mati UCL.
Shakhtar dikatakan meminta harga yang sangat tinggi jika Man. City mahukan pemain itu dan Pep Guardiola mengambil keputusan untuk melupakan keinginan itu.