Quantcast

BERITA

RASMI: Fabregas Meterai Perjanjian Dengan AS Monaco

Perancang tengah Sepanyol, Cesc Fabregas melengkapkan perpindahan beliau ke pasukan Ligue 1 – AS Monaco. Fabregas bermain untuk kali terakhir bersama Chelsea pada aksi Piala FA menentang Nottingham Forest.

Fabregas setuju dengan kontrak 3 tahun setengah ditawarkan oleh AS Monaco dan juga lulus pemeriksaan medikal. Fabregas bergabung semula dengan bekas kapten beliau di Arsenal iaitu Thierry Henry – yang kini menjadi pengurus AS Monaco.

Henry bernaung di bawah ejen yang sama dengan Fabregas iaitu Darren Dein. Laporan oleh AFP, Chelsea menerima sekitar £9 juta dan selepas ini AS Monaco akan membayar bonus berdasarkan pencapaian oleh Fabregas.

Dalam kenyataan beliau, Fabregas berkata: “Saya berbesar hati menyertai AS Monaco, projek baru untuk saya. Di sini ada sekumpulan pemain muda dan jurulatih muda yang berkualiti. Saya di sini untuk membantu pasukan. Saya sudah tidak sabar-sabar untuk bermain dalam perlawanan besar menentang Marseille pada Ahad ini. Saya sangat teruja.”

Thierry Henry terdesak mahukan Fabregas dalam usaha mengeluarkan pasukan yang sedang dalam krisis prestasi itu daripada zon penyingkiran.

Fabregas menjadi pemain ke-3 ditandatangani oleh AS Monaco pada Januari kali ini selepas Naldo dan Fode Ballo-Toure. AS Monaco dijangka akan menyelesaikan perpindahan William Vainqueur dari Antalyaspor.

Sebelum ini AS Monaco mengumumkan pemain itu gagal dalam pemeriksaan medikal kerana masalah kecederaan di peha. Namun selepas itu, AS Monaco dilaporkan yakin dengan pilihan mereka untuk mendapatkan pemain tersebut.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!