RASMI: Emre Can Ke Borussia Dortmund Secara Pinjaman

Emre Can

Emre Can berpeluang untuk kembali membuktikan kualiti yang dimiliki selepas beliau disahkan berhijrah ke Borussia Dortmund secara pinjaman sehingga tamat musim ini.

Perkembangan terkini itu pastinya turut melegakan pemain tengah tersebut kerana beliau begitu tersisih selepas kehadiran Maurizio Sarri membimbing Juventus, sehinggakan namanya turut tiada dalam senarai 25 pemain menghadapi kempen Liga Juara-Juara Eropah.

Ia juga umpama sirih pulang ke gagang buat Emre Can setelah beliau meninggalkan Jerman (Bayer Leverkusen) pada musim 2014/15 untuk beraksi bersama Liverpool.

Empat musim bersama Liverpool tanpa sebarang kejuaraan berjaya diraih, beliau berhijrah pula ke Juventus secara percuma.

”Saya merasakan pasukan ini [Borussia Dortmund] mempunyai potensi yang hebat dan mampu untuk memenangi sesuatu [gelaran].”

”Saya yakin bahawa saya mampu untuk membantu mereka dan tidak sabar untuk beraksi di hadapan penyokong yang mana Borussia Dortmund dikenali di seluruh dunia, buat kali pertama,” ujar Emre Can menerusi laporan dikeluarkan Sky Sports.

Dalam pada itu, sekiranya Borussia Dortmund berhajat untuk mendapatkan khidmat Emre Can secara tetap, Juventus telah meletakkan nilai berjumlah £21 juta buat pemain tersebut.

Kehadiran pemain skuad kebangsaan Jerman itu dilihat tepat pada masanya selepas Dortmund baru sahaja kehilangan khidmat Julian Weigl yang berhijrah ke Benfica pada 2 Januari lalu.

Pada ketika ini, Borussia Dortmund menduduki tangga keempat Bundesliga dengan 36 mata, ketinggalan empat mata di belakang pendahulu liga, RB Leipzig.

Emre Can pernah mengecapi nikmat selaku juara Bundesliga 2012/13 yang menyaksikan ketika itu beliau menyarung jersi Bayern Munich. Pada musim itu juga Bayern Munich turut menjuarai DFB Pokal dan Liga Juara-Juara Eropah.

Kredit foto: Alexandre Simoes/Borussia Dortmund via Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN