Selepas berteka-teki untuk beberapa ketika, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan pelantikan E. Elavarasan sebagai ketua jurulatih skuad B-23 Malaysia yang baharu.
Dalam majlis pengenalan beliau yang diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya, Elavarasan akan dibantu dengan gabungan anak tempatan dengan Korea Selatan.
Elavarasan akan dibantu oleh Juan Torres Garrido sebagai pembantu, sambil Kris Yong menjadi jurulatih penjaga gol.
Dalam masa yang sama, Ji-Hyeon Park menjadi jurulatih kecergasan sementara Lee Je-yoon akan menguruskan hal berkaitan analisis prestasi.
Pelantikan ini dilihat sebuah pemilihan yang selamat oleh FAM apabila melantik Elavarasan yang sebelum ini bersama Kim Pan-gon dalam skuad senior.
Sebelum ini, Elavarasan menjadi pembantu kepada Pan-gon dalam skuad senior.
Namun begitu, selepas bekerja dengan Pan-gon dalam skuad senior, ianya pasti akan memberikan manfaat kepada skuad B-23 dari segi latihan dan juga taktikal.
Pemilihan Elavarasan dilihat bakal melancarkan persediaan pemain muda dalam usaha untuk mengetuk pintu skuad senior di masa akan datang.
Elavarasan menggantikan Brad Maloney yang sebelum ini tidak berjaya untuk memberikan impak positif kepada pasukan negara terutamanya dalam saingan Piala AFF B-23 dan juga Piala Asia B-23 sebelum ini.