RASMI: Dollah Salleh Jadi Pengendali Pahang Sekali Lagi

Sebentar sahaja tadi laman Facebook rasmi Sri Pahang telah pun mengumumkan pengendali baharu kelab tersebut iaitu Dollah Salleh untuk mengemudi pasukan tersebut sehingga akhir musim ini.

Dollah bukan lagi nama asing dalam bola sepak Sri Pahang apabila sebelum itu beberapa kali mencipta nama selaku pengendali kelab tersebut dan membawa pelbagai rekod menarik.

Pengendali tersebut sah memegang tampuk kejurulatihan Sri Pahang kembali untuk pertengahan musim sama seperti tahun lalu, apabila khidmat Christophe Gamel tidak lagi bersambung bersama pasukan berkenaan dek berikutan prestasi hambar telah ditunjuk sepanjang awal musim saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Menerusi kenyataan tersebut, Sri Pahang juga mengucapkan terima kasih buat bekas pengendali tersebut kerana khidmatnya sebelum ini bersama pasukan serta mengharapkan kejayaan masa depan Gamel.

Dalam masa sama, kelab tersebut juga telah melantik Fandi Ahmad selaku Penasihat Teknikal Sri Pahang menerusi kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Sebelum ini, ura-ura ada mengatakan kelab berkenaan bakal melantik Fandi Ahmad selaku pengendali baharu Sri Pahang dan kenyataan tersebut sediki memberi kejutan apabila beliau diberi jawatan lain dalam pasukan tersebut.

Untuk rekod, Fandi bukan satu nama asing dalam dunia bola sepak Pahang apabila bekas pemain kebangsaan Singapura itu pernah menyarung jersi skuad berkenaan pada era 90-an serta membantu pasukan tersebut meraih Piala Malaysia pada tahun 1992.

Fandi Ahmad juga berpengalaman luas dalam saingan bola sepak negara apabila pernah mengendalikan Johor Darul Ta’zim serta pernah membawa naik ramai bakat baharu untuk Singapura di pentas antarabangsa.

Sebelum itu juga, Fandi Ahmad dilaporkan telah melepaskan jawatan beliau bersama Persatun Bolasepak Singapura (FAS) selaku Ketua Unit Pembangunan Belia Elit pada hujung bulan lalu.

Ketika ini kedudukan Sri Pahang dalam saingan Liga Super dilihat sedikit merisaukan dan ini menjadi tanggungjawab besar buat Dollah serta Fandi untuk mengubah kembali skuad tersebut supaya menjadi lebih baik.

Rekod semasa kelab tersebut setakat ini Sri Pahang bermula dengan sedikit lesu apabila menduduki tangga ke-11 carta Liga Super setelah mengutip 13 mata daripada 11 perlawanan dilalui.

Seterusnya mereka juga mempunyai misi yang agak berat pada Sabtu ini dalam saingan Piala FA 2022 peringkat suku akhir untuk bertemu Penang di Stadium Darul Makmur (SDM).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN