RASMI: Diego Forlan Gantung But, Gembira Kerana Impian Ketika Kecil Sudah Terlaksana

Bekas bintang Villareal, Manchester United dan Atleico Madrid – Diego Forlan – mengesahkan persaraan beliau dari arena bola sepak profesional pada Rabu 6 Ogos 2019.

Forlan menyatarakan ianbya bu.kan keputusan yang mudah. Dan beliau tahu hari ini akan tiba juga di mana beliau terpaksa menggantung butnya.

Forlan berkata: “Ianya sukar, namun ada beberapa wartawan terus bertanyakan saya soalan ini. Walaupun saya tak mahu perkara itu datang, namun harus menerima hakikat bahawa suatu hari ianya tetap akan tiba.”

“Hari di mana saya harus berhenti bermain bola sepak secara profesional.”

“Saya sudah mempertimbangkan beberapa tawaran, namun saya telah banyak memberikan alasan dan menolak tawaran-tawaran itu. Ini kerana saya ada keutamaan lain. Lalu saya sedar bahawa masanya telah tiba juga.”

“Kami juga ada membicarakan perlawanan perpisahan, pastinya di Uruguay. Orang di sekeliling saya telah terlalu banyak menyayangi dan menghormati saya. Mereka terus kekal seperti keluarga saya.”

“Hidup dalam kerjaya ini, saya antara orang yang merasakan ianya bukan satu pekerjaan. Ia memberikan saya peluang untuk mengetahui budaya yang berbeza, mendapat bayaran, ianya satu kecintaan yang sukar saya jelaskan.”

“Ketika kecil saya sentiasa berangan-angan menjadi pemain bola sepak dan saya gembira impian saya menjadi kenyataan.”

Luis Suarez antara rakan beliau yang terawal mengucapkan selamat bersara kepada Diego Forlan.

Forlan dan Suarez antara nama legenda dalam generasi emas Uruguay. Mereka membantu negara kecil itu mara ke separuh akhir Piala Dunia 2010.

Pada temasya Piala Dunia 2010 juga, Diego Forlan telah memenangi Anugerah Bola Emas – Pemain Terbaik Kejohanan. Beliau turut berkongsi kasut emas dengan Thomas Muller, Wesley Sneijder dan David Villa.

Secara keseluruhannya, Diego Forlan menjaringkan 221 gol daripada 582 penampilan di peringkat kelab sepanjang lebih 2 dekad kariernya.

Selamat bersara kepada Diego Forlan. Legenda yang dianggap antara penyerang terbaik dalam generasi beliau.

Kami tidak akan lupa ayat anda: “Setiap orang akan ada masalah, namun bola sepak adalah terapi paling murah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN