RASMI: David Silva Kembali Ke Sepanyol, Sertai Real Sociedad

David Silva

David Silva yang sebelum ini dikaitkan dengan SS Lazio, AL Sadd dan Inter Miami akhirnya telah memilih untuk kembali ke negara kelahirannya, Sepanyol bagi menyertai kelab La Liga, Real Sociedad dengan kontrak selama dua tahun.

Laman Twitter rasmi Real Sociedad juga telah mengesahkan perkara tersebut apabila membuat pengumuman rasmi berhubung kemasukan pemain tengah kreatif berusia 34 tahun itu.

Silva bergelar ejen bebas selepas kontraknya bersama Manchester City berakhir sekaligus menyaksikan ‘jodohnya’ bersama The Cityzens sejak musim 2010/11 sudah sampai ke penghujungnya.

Sepuluh musim menabur bakti bersama kelab Manchester itu, Silva berjaya memenangi 11 kejuaraan domestik utama dan empat daripadanya menerusi kejayaan menjuarai saingan Liga Perdana Inggeris 2011/12, 2013,14, 2017/18 dan 2018/19.

Aksi terakhirnya menyarung jersi Manchester City adalah pada perlawanan bertemu Lyon tempoh hari yang mana beliau dimasukkan pada minit ke-84 bagi menggantikan rakan senegara, Rodri.

Berikutan sumbangan hebatnya dengan membuat 436 penampilan dan menjaringkan 77 gol dalam semua pertandingan yang disertai, pihak Manchester City merancang untuk membina patung [statue] di luar Stadium Etihad sebagai penghormatan buat Silva.

Silva merupakan produk Akademi Valencia yang mana beliau diserapkan ke skuad Valencia B pada 2003/04, bagi memberikan lebih minit perlawanan buatnya pada dua musim berikutnya, Silva telah dipinjamkan ke Eibar dan Celta Vigo.

Musim 2006/07 menyaksikan Silva kembali ke Mestalla Stadium untuk menjadi sandaran utama di jentera tengah Valencia selama empat musim sebelum menandatangani kontrak bersama Manchester City pada 30 Jun 2010.

Kredit featured image: Visionhaus – Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai David Silva:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN