Rasmi: Dani Alves Ditamatkan Kontrak Oleh Juventus Lebih Awal

Juventus bersetuju untuk melepaskan Daniel Alves lebih awal. Ianya selepas pemain itu menyatakan hasrat beliau untuk tidak memperbaharui kontrak di Turin.

Kontrak Alves masih berbaki beberapa hari sahaja di Juventus. Namun pihak Juventus bersetuju untuk melepaskan tersebut kerana mengenang jasa Alves kepada Juventus sepanjang perkhidmatan beliau di sana.

Ini juga membolehkan Dani Alves dapat memilih dan berunding dengan kelab baru beliau lebih awal. Dalam kenyataan rasmi daripada Juventus FC, pihak kelab menyatakan:

“Dengan ini, Juventus FC berpisah dengan Dani Alves atas persetujuan bersama (mutual consent). Kontrak Dani Alves dengan Juventus ditamatkan serta merta.”

“Alves telah menjulang 2 trofi dalam musim tunggal beliau di Turin. Membantu kelab menjuarai Serie A berturut-turut, dan kejayaaan berganda dalam Piala.”

“Beliau kemudian berjaya membantu kelab mara ke perlawanan akhir UCL.”

“Pemain dari Brazil ini telah bermain dalam 33 penampilan untuk Bianconeri, terlibat dalam 12 gol (6 gol dan 6 bantuan gol). 7 daripadanya adalah dalam UCL.

Alves dijangka akan bergabung semula dengan Pep Guardiola di Manchester City. Ini selepas pengendali dari Sepanyol itu dengan terbuka menyatakan minat beliau untuk mendapatkan Daniel Alves.

Dani Alves menjadi buruan banyak kelab besar di dunia kerana statusnya yang percuma. Pada masa yang sama, pemain ini masih memiliki kualiti yang sangat tinggi di dalam permainan beliau.

Alves sebelum ini menyertai Juventus secara percuma dari Barcelona selepas kecewa dengan layanan teruk oleh pihak atasan ke atas beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN