RASMI: Cavani Sah Milik United, Turut Sambar Amad Diallo Dari Atalanta

Edinson Cavani Amad Diallo Manchester United

Dalam masa hanya beberapa jam, Manchester United berjaya menyelesaikan tiga kemasukan pemain baharu dengan Edinson Cavani dan Amad Diallo Traore menjadi pemain terbaharu yang dibawa masuk ke Old Trafford.

Cavani sebelum ini telah pun dilaporkan bersetuju dengan kontrak selama dua tahun di United, namun bekas penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu hanya menandatangani kontrak selama setahun sahaja selepas selesai menjalani pemeriksaan perubatan sebelum diumumkan secara rasmi.

Cavani merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat PSG selepas merekodkan 200 gol dalam 301 perlawanan untuk kelab Perancis tersebut. Sepanjang kariernya, beliau telah pun mengumpul 341 jaringan gol dalam 556 perlawanan serta mencetak 50 gol untuk skuad kebangsaan Uruguay.

Sementara itu, United turut mencapai persetujuan dengan kelab Itali, Atalanta untuk mendapatkan pemain sayap berusia 18 tahun, Amad Diallo dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan.

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut telah pun memantau perkembangan pemain kelahiran Ivory Coast tersebut sejak tiga tahun lalu yang juga menyertai akademi Atalanta sejak 2015.

Beliau juga telah menjaringkan gol pertama ketika membuat debut bersama skuad utama pada Oktober 2019 dan telah membuat tiga penampilan Serie A sebagai pemain gantian.

Setakat ini Diallo mungkin tidak akan terus menyertai United dan akan kembali dipinjamkan ke Atalanta sehingga Januari akan datang.

United juga berhasrat untuk mendapatkan pemain muda Uruguay, Facundo Pellistri dari kelab Penarol selepas disarakan sendiri oleh bekas penyerang mereka, Diego Forlan yang sempat menguruskan kelab tersebut sebelum ini.

Setakat ini, United telah pun berjaya memuktamadkan kemasukan empat pemain baharu selepas Donny van de Beek dari Ajax dan juga Alex Telles dari Porto.

Kredit Foto: Manchester United

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN