Rasmi: Atletico Umumkan Lemar Milik Mereka Secara Prinsipal

Thomas Lemar sentiasa menjadi pemain yang hangat diperkatakan dalam setiap jendela perpindahan. Atletico akhirnya mengumumkan mereka berjaya menandatangani pemain itu dari AS Monaco secara prinsipal termasuk harga.

The Guardian melaporkan Atletico membayar £52.7 juta untuk pemain tersebut. Atletico membelanjakan wang besar itu selepas Griezmann dilaporkan menolak untuk memberikan jaminan komitmen kepada kelab tersebut musim hadapan.

Griezmann dilaporkan mengintai peluang untuk bermain dengan kelab lain dan Barcelona adalah destinasi yang dikatakan pilihan beliau.

Jadi, pembelian Lemar ini sama ada untuk menarik perhatian Griezmann untuk kekal atau untuk menggantikan Griezmann di bahagian serangan.

Walaupun Griezmann pemain penyerang dan Lemar pemain tengah, Lemar memiliki kualiti untuk menguatkan barisan serangan secara taktikal.

Perbincangan dengan Lemar untuk terma peribadi akan dilakukan selepas Piala Dunia 2018 kerana pemain itu bermain untuk Perancis.

Lemar adalah pemain tengah yang berusia 22 tahun. Beliau boleh bermain di peranan pemain tengah serangan ataupun pemain sayap. Lemar memiliki kemampuan untuk menggelecek dan menjaringkan gol.

Beliau menjadi sensasi ketika membantu AS Monaco menjuarai Ligue 1 pada 2016/17 serta separuh akhir UCL pada musim yang sama. Musim tersebut beliau bermain 55 perlawanan dengan 14 gol dan 17 assist.

Lemar kemudian dikaitkan dengan banyak pasukan besar termasuk Arsenal dan Liverpool yang menunjukkan minat kepada pemain itu.

Namun Monaco enggan melepaskan Lemar musim lalu kerana telah kehilangan ramai pemain bintang termasuk Mbappe dan Bernardo Silva. Monaco meminta £90 juta untuk Lemar sebelum ini.

Musim 2017/18 Lemar terlibat dalam 38 perlawanan dan menjaringkan 3 gol dan 15 assist. Lemar menjadi antara pemain yang sentiasa berada dalam senarai Deschamps untuk pasukan kebangsaan kerana disiplin dan kualiti beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN