RASMI: Alvaro Morata Sertai Atletico Secara Tetap Selepas Tamat Tempoh Pinjaman

Spekulasi masa depan Alvaro Morata akhirnya dimuktamadkan. Morata menyertai Atletico pada musim lalu dengan opsyen pembelian tetap.

Pada beberapa minggu lalu, Alvaro Morata menyatakan kegembiraan beliau untuk meninggalkan Chelsea. Beliau mendakwa dirinya tidak disayangi dan diberikan sokongan yang kuat di Chelsea.

Morata menuding jari kepada semua orang di Chelsea termasuk para penyokong. Pada ketika itu para penyokong Chelsea sangat kecewa dan ramai yang tidak mahu melihat Morata menjadi pemain The Blues lagi.

Walaubagaimanapun, berlaku sedikit kecelaruan dalam perpindahan Morata. Ini apabila Chelsea meminta agar Atletico membayar segera yuran perpindahan tetap bernilai sekitar £50 juta ataupun pemain itu diarahkan kembali semula ke Chelsea.

Chelsea berhdapan dengan penggantungan dalam jendela perpindahan. Oleh itu mereka mahu menjadikan Morata sebagai salah satu opsyen – jika Atletico tidak membayar yuran perpindahan tetap serta merta.

Pada hari ini, Chelsea mengumumkan bahawa pemain itu sah meninggalkan pasukan Chelsea – secara tetap – ke Atletico. Beberapa laporan akhbar melaporkan kedua-dua kelab setuju dengan yuran perpindahan £48 juta.

Chelsea mengucapkan selamat tinggal kepada pemain tersebut yang mereka beli dari Real Madrid pada musim 2016/17 dengan yuran perpindahan mencecah £75 juta (termasuk bonus).

Atletico mengesahkan perpindahan itu. Di mana Morata akan mulai menjadi pemain Atletico – dengan kontrak baharu – selepas tamat musim pinjaman 2019/2020. Maksudnya di sini, pada musim ini, beliau masih tertakluk dengan terma perjanjian peribadi yang dipersetujui dalam tempoh pinjaman 2 tahun.

Atletico kali ini berbelanja agak besar, sama seperti jiran mereka Real Madrid. Antara pemain yang mereka tandatangani ialah Joao Felix, Marcos Llorente, dan Hector Herrera. Adakah mereka akan mampu menjadi pencabar kejuaraan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN