Rasmi: Ahmad Shahrul Azhar Dilantik Sebagai Pengurus Perak Yang Baharu

Ahmad Shahrul Azhar

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) telah mengumumkan perlantikan Ahmad Shahrul Azhar Bin Sofian selaku Setiausaha Kehormat PAFA dan juga sebagai Pengurus Perak The Bos Gaurus berkuatkuasa 1 Julai nanti.

Pemilihan Ahmad Shahrul Azhar itu adalah bagi menggantikan Dato’ Jamal Mohd Aris yang mengosongkan jawatan tersebut pada 11 Mei yang lalu atas sebab profesional.

Ahmad Shahrul Azhar sebelum ini merupakan Penolong Jurulatih kepada B.Sathianatan (Ketua Jurulatih Felda United)  dalam saingan Liga Super 2017.

Sebagai rekod, lagenda dan bekas kapten Perak ini pernah memegang jawatan selaku Penolong Pengurus Perak bagi musim 2011 dan 2012.

Kenyataan yang diumumkan oleh Presiden PAFA itu dilihat sebagai keputusan ‘popular’ tatkala peminat Perak kini kian rancak mengecam aksi pasukan yang disifatkan kurang bermaya setakat ini.

Pengalaman luas dalam bola sepak serta gelaran lagenda dalam kalangan peminat bola sepak Perak pasti menarik minat semua pihak untuk melihat hasil yang meyakinkan digarap oleh Ahmad Shahrul di kerusi panas tersebut.

Sepanjang bersama pasukan Perak selaku pemain dan juga ketua pasukan, beliau membantu Perak merangkul 2 kejuaraan Liga Perdana Satu (liga utama sebelum Liga Super diperkenalkan) pada tahun 2002 dan 2003, Piala Malaysia 2000 serta Piala FA 2004.

Penulis sempat menemubual seorang lagi lagenda yang disayangi peminat Perak iaitu Laszlo Repasi mengenai perlantikan ini.

” Ini merupakan berita baik buat Perak kerana beliau (Ahmad Shahrul) amat sayangkan Perak dan peminat, serta paling penting beliau bukan ahli politk.” Jelas Repasi yang turut mengharapkan beliau dapat membantu Perak satu masa nanti.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan selamat berjaya buat Ahmad Shahrul Azhar dengan tugasan baru ini.

Apa kata penyokong The Bos Gaurus?

Kredit foto : google.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN