Quantcast

BERITA

Rasmi: 24 Pemain Dipanggil Vingada, 6 Pemain B-22 Berjaya Masuki Slot

Nelo Vingada menyenaraikan 24 pemain untuk latihan pusat Harimau Malaya. Pemain-pemain ini akan menghadiri kem latihan pusat skuad Harimau Malaya di Johor Bahru bermula 30 September ini.

Ianya bagi persiapan menghadapi dua perlawanan antarabangsa iaitu kelayakan Piala Asia 2019:

1. vs Korea Utara di Pyongyang (5 Oktober)

2. vs Hong Kong di Hong Kong (10 Oktober)

Enam pemain yang sebelum ini menyertai skuad kebangsaan telah digugurkan. Mereka yang digugurkan ialah Rizal Ghazali (Kedah) dan Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT), Farhan Abu Bakar (Kedah), Ahmad Syamim Yahya (Pahang), Nasir Basharudin (Perak) dan Nazrin Nawi (Perak).

Untuk Aidil Zafuan, beliau digugurkan kerana digantung perlawanan setelah mendapat kad merah menentang Hong Kong.

6 pemain daripada skuad B-22 dipanggil untuk menggantikan mereka. Ini selepas aksi cemerlang mereka dalam temasya Sukan SEA yang lalu. Mereka ialah:

Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah), Safawi Rasid (JDT), Matthew Davies dan Nor Azam Abdul Azih (Pahang), Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) serta seorang lagi muka baharu iaitu Nazmi Faiz Mansor (JDT).

Pasukan Malaysia akan berlepas ke Pyongyang melalui Singapura dan Beijing pada Selasa hadapan ataupun pada 3 Oktober.

Berikut adalah senarai penuh:

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!