RASMI: 18 Pasukan Akan Rebut Gelaran Liga Super 2023

Saingan Liga Super 2023 akan menerima format baharu apabila Malaysian Football League (MFL) meluaskan penyertaan liga kepada 18 pasukan.

Perubahan format liga ini akan menjadikan Liga Malaysia menjadi lebih kompetitif berbanding saingan 12 pasukan sahaja.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam di Petaling Jaya.

Perubahan format Liga Super 2023 ini merupakan sebahagian daripada pelan rombakan Liga Malaysia secara besar-besaran oleh MFL.

Dengan format liga 18 pasukan, MFL menggantung sementara saingan Liga Premier untuk beberapa tahun sehingga pelan untuk mengurangkan jurang antara Liga Super dan Liga M3 berjaya dilakukan.

Liga Super 2023 akan menyaksikan 12 pasukan Liga Super 2022 dengan tambahan enam kelab dari Liga Premier 2022.

Enam kelab Liga Premier itu bukanlah pasukan simpanan seperti Selangor II atau Skuad Projek FAM-MSN, sebaliknya adalah kelab seperti Perak dan Kelantan.

Sebaliknya, pasukan-pasukan simpanan ini akan ditempatkan dalam liga simpanan (reserve league) yang turut akan dimulakan musim hadapan.

Selangor II, Terengganu II dan Johor Darul Ta’zim II akan menyertai Skuad Projek FAM-MSN serta pasukan lain dalam liga simpanan tersebut.

Liga simpanan ini akan menyaksikan pemain B-23 boleh diturunkan sehingga lapan orang dalam satu-satu masa dengan tiga lagi pemain sama adalah pemain lebih umur atau pemain import.

Ianya menggunakan seolah-olah format acara bola sepak Sukan SEA.

Format Liga Super dengan 18 pasukan ini hanyalah untuk musim 2023 sahaja kerana bermula 2024 liga akan dilangsungkan dengan 16 pasukan secara tetap.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN