#RasHidEffect Antara 5 Perkara Kami Gariskan Daripada Kemenangan Ke Atas Kyrgyzstan

Malaysia memulakan kempen Sukan Asia 2018, acara bola sepak dengan sangat baik dengan kemenangan 3-1 ke atas Kyrgyzstan.

Berikut 5 perkara yang kami perhatikan daripada perlawanan ini.

1. Permulaan yang sangat baik

Malaysia menewaskan yang dianggap pasukan pilihan dalam perlawanan ini. Negara yang berada di ranking 100 teratas.

3 mata daripada perlawanan pertama sangat penting dalam setiap kejohanan.

Selepas ini Malaysia akan berhadapan dengan pasukan pilihan serta juara bertahan kejohanan Sukan Asia iaitu Korea Selatan.

2. #RasHidEffect

2 ‘anak Rashid (Rasid)’ ini ternyata memberikan impak sangat positif dalam perlawanan ini.

Kami letakkan H tu huruf besar di tengah, kerana seorang ada H di tengah dan seorang lagi tidak ada H.

2 pemain ini adalah ancaman utama lawan. Mereka bergandingan dengan baik dan menyukarkan pertahanan lawan.

Akhyar memenangi penalti pada separuh masa pertama. Safawi meneruskan ketajaman beliau di hadapan gol dengan gol menerusi penalti.

Sementara itu Akhyar Rashid pula sangat tajam dan dalam ‘mood’ yang terbaik dalam perlawanan ini.

Beliau menjaringkan gol menarik dengan teknik sepakan sentuhan pertama yang deras dan tepat.

Mereka terlibat dalam kesemua gol Malaysia secara lansung.

Safawi Rasid penjaring gol pertama, penalti dimengani Akhyar Rashid.

Akhyar menjaringkan gol kedua, assist daripada Safawi Rasid.

Safawi Rasid adalah pencipta assist untuk gol ke-3 Syafiq Ahmad.

Satu aksi yang membanggakan untuk mereka menarik perhatian pemantau bakat daripada kelab gergasi Asia.

3. Ketajaman di hadapan gol

Malaysia nampak sangat baik di hadapan gol dengan keupayaan menyudahkan gol. 3 gol daripada perlawanan menentang Kyrgystan adalah sesuatu yang sangat membanggakan.

Pasukan lawan juga mempunyai kualiti yang baik dalam perlawanan ini dan banyak mencipta peluang, tetapi mereka jelas tidak setajam Harimau Muda hari ini.

Syafiq Ahmad walaupun agak bergelut dalam perlawanan ini, namun tetap menyempurnakan tugasan beliau.

4. Baddrol dan Rizal Ghazali jadi pemimpin

Beliau berjaya membimbing pemain-pemain muda di dalam padang. Menjadi ketua dan cuba menaikkan semangat para pemain.

Seorang lagi pemain senior, Rizal Ghazali juga bermain sangat baik pada hari ini walaupun agak bergelut dengan prestasi di peringkat domestik. Rizal banyak berlari dan nampak sangat cergas.

5. Aspek taktikal

Secara umumnya pemain-pemain sudah tahu sangat kehendak Ong Kim Swee kerana majoriti pemain ini sudah bermain bersama-sama dalam kem B-23.

Namun dari sudut teknikal pula, Datuk Ong Kim Swee sendiri mahu pemain lebih tenang apabila ditekan dan kurangkan kesilapan hilang bola.

Apapun, tahniah anak muda Malaysia. Menang di hari pertama Sukan Asia. Kami bangga.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN