Marcus Rashford mendedahkan, sepakan percuma ajaib beliau ketika aksi menentang Chelsea – dalam Piala Carabao adalah kerana faktor bola.
Rashford berpendapat, bola yang digunakan dalam Piala Carabao adalah lebih ringan daripada bola yang digunakan dalam EPL.
Rashford menjaringkan 2 gol dalam aksi tersebut. Kedua-duanya daripada situasi bola mati. Gol pertama adalah menerusi penalti dan gol kedua adalah menerusi sepakan percuma knuckle ball.
Rashford berkata: “Jujurnya, faktor bola. Apabila di latihan, kita melakukan sepakan tinggi ini, namun dalam perlawanan sebenar ia akan pergi ke tempat lain.”
“Syukur ianya masuk dan menerjah sudut gol hari ini.”
Rashford kemudian menyatakan beliau tidak perlu bimbang mengambil sepakan penalti selepas gagal menyempurnakannya ketika menentang Norwich.
“Kamu harus sentiasa bersedia mengambilnya. Dan apabila detik itu tiba kamu harus kekal tenang.”
“Mujurlah ia masuk hari ini. Gol penalti itu membuatkan perlawanan ini lebih mudah untuk kami dan gol kedua membunuh perlawanan ini.”
“Kami berada di situasi sukar. Kami masih berjuang untuk mengharungi semua ini. Fokus utama sekarang adalah peningkatan. Dan kami sememangnya sedang menuju ke tempat yang kami inginkan.”
“Kami telah melakukan banyak kerja keras. Awal musim ini tidak seperti yang kami harapkan. Namun kami harus segera kembali ke landasan kemenangan.”
Manchester United akan kembali semula ke kempen EPL pada hujung minggu ini dalam usaha mereka terus memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga.