Pandemik COVID-19 buat hidup kita jadi bosan dan tak fun. Kena tahan diri dalam rumah, takut nanti berjangkit wabak. Tetapi mujur ada Astro Go Interactive Mode. Sekurang-kurangnya ada benda yang kita nak layan semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Bagi anda yang tidak tahu, Astro Go adalah saluran percuma untuk dinikmati oleh semua pelanggan Astro dengan lebih daripada 60,000 rancangan menarik pada 4 peranti yang berbeza. Banyak juga rancangan disediakan. Antara yang menarik adalah berpeluang menonton lakonan hebat Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf di Astro.
UEFA EURO 2020™ – 51 Perlawanan Di 11 Bandar Berbeza
Sebagai peminat bola sepak pula, tahukah anda bahawa UEFA EURO 2020™ tak lama lagi akan berlangsung?
24 pasukan dari benua Eropah akan berentap bagi mengejar gelaran juara bermula 11 Jun hingga 11 Julai ini.
Seperti yang anda tahu, COVID-19 telah memaksa UEFA EURO 2020™ dilangsungkan pada tahun ini juga. Walaupun setahun ditangguh, aksi 24 pasukan akan berlangsung secara besar-besaran dengan penyertaan di 11 bandar sekitar Eropah telah dijadikan tuan rumah.
Bagi meraikan ulang tahun ke-60 kejohanan, Amsterdam (Belanda), Baku (Azerbaijan), Seville (Sepanyol), Bucharest (Romania), Budapest (Hungary), Copenhagen (Denmark), Glasgow (Scotland), London (England), Munich (Jerman), Rome (Itali) dan Saint Petersburg (Rusia) bakal menyaksikan semua pasukan merebut gelaran juara Eropah.
Dengan Stadium Olimpico di Rome akan menjadi tuan rumah pada perlawanan pembukaan pada 11 Jun, sementara itu Wembley akan menjadi arena perlawanan peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir.
Negara seperti Perancis disebut-disebut bakal menjuarai acara kali ini. Hadir selaku Juara Dunia sebelum ini, anak buah Didier Deschamps pasti mensasarkan sebuah lagi koleksi piala.
Paling tidak pasukan Les Bleus pasti mahu mengulangi kejayaan menjuarai Piala Dunia dan Kejuaraan Eropah secara serentak, satu rekod yang mereka berjaya cipta pada tahun 2000.
Tapi jangan pandang negara lain macam tiada kaki
Perancis perlu hadap cabaran dari negara-negara lain seperti England yang ‘gian’ mahu memenangi gelaran Kejuaraan Eropah buat pertama kali.
Tak lupa juga dengan Portugal – bekas juara – yang kecewakan pernah Perancis pada Kejuaraan Eropah pada tahun 2016 beserta halangan kuasa besar bola sepak yang lain seperti Jerman, Itali, dan Belanda.
Untuk kami, walaupun Perancis ada karisma selaku juara. Tetapi dengan kehadiran Belgium, salah satu pasukan yang meningkat naik. Ia akan memberi cabaran yang lebih besar buat Perancis.
Anak buah Roberto Martinez akan menebus kekecewaan Piala Dunia dengan cuba untuk meraih trofi pertama buat Belgium. Hadir selaku pasukan paling berbakat di dunia, generasi emas Belgium adalah antara pasukan tumpuan UEFA EURO 2020™.
Begitulah harapan kami terhadap Belgium dalam temasya kali ini.
Khas Untuk Peminat Bola Sepak
Jika anda peminat bola sepak yang sejati dan merupakan pelanggan eksklusif Astro Sports Pack, anda pasti tidak mahu terlepas peluang untuk menyaksikan kesemua perlawanan yang dihidangkan.
Disebabkan itu, Astro Go dengan ini menampilkan semua 51 perlawanan di Saluran Astro Supersport Euro dari Kumpulan A hingga Kumpulan F kejohanan UEFA EURO 2020™ di Astro Go dengan Interactive Mode.
Dengan ciri baharu ini juga, anda bukan sahaja bakal dihidangkan dengan aksi pasukan kegemaran anda, tetapi anda juga berpeluang menonton sorotan perlawanan, statistik dan keputusan perlawanan.
Anda mahu rasai pengalaman berbeza menonton UEFA EURO 2020™? Anda mahu rasa seolah-oleh berada di dalam stadium? Caranya mudah sahaja, muat turun Astro Go atau kemaskini ke versi terkini atau lebih mudah lagi singgah ke Saluran Euro Supersport Astro dan klik pada Interactive Mode untuk menikmati pengalaman baharu menonton bola sepak.
Bagi anda yang bukan pelanggan Astro, anda juga berpeluang melanggan pakej Sukan Astro dan dapatkan akses selama 14 hari sebelum anda menerima Astro Box. Bagi pelanggan baru, anda boleh akses ke Astro Go sebelum pemasangan Astro Box.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Astro atau tekan di sini. Dan jangan lupa untuk ikuti Astro di media sosial YouTube, Facebook, Twitter dan Instagram.