“Rantai Adriano Dan Gomes” – Igauan Ditewaskan Penang Pada 2021 Usik Bojan?

Andriano Gomes Penang Bojan hati-hati

Pengendali KL City FC, Bojan Hodak nampaknya tetap berhati-hati waima hanya berdepan Penang FC apabila mahukan para pemainnya merantai pergerakan dua pemain import lawan iaitu Adriano dan Giovane Gomes.

Mereka bakal menerima kunjungan Penang untuk perlawanan pembukaan kempen Liga Super 2023 di Stadium KLFA, Cheras, pada malam ini.

Untuk rekod, KL City belum pernah tewas kepada lawan tersebut di laman sendiri sejak 21 tahun yang lalu – kali terakhir adalah pada Jun 2002.

Pengendali berusia 51 tahun itu mahu anak buahnya untuk memulakan kempen dengan lebih baik selepas dua musim bermula perlahan.

Malah, mereka pernah tumbang kepada Penang dalam aksi pembukaan Liga Super 2021 – tewas 0-1 di Stadium Bandaraya. Musim 2022 pula menyaksikan mereka hanya meraih satu mata dalam tiga aksi pertama liga selepas terikat 3-3 menentang Selangor FC untuk perlawanan pembukaan.

Bercakap kepada The Star, Bojan dipetik berkata, “Ini tidak bermaksud yang kita anggap Penang sebagai lawan yang mudah untuk ditundukkan. Mereka telah membuat rombakan besar terhadap pasukan [musim 2023] tetapi masih memiliki campuran pemain berpengalaman dan muda yang baik.

Pemain import mereka seperti Adriano dan Giovane Gomes sangat berbahaya, jadi kita harus rantai pergerakkan mereka,tegas Bojan.

Adriano dan Gomes merupakan antara dua pemain import baharu Harimau Kumbang musim ini dan tampil baik dalam aksi pramusim.

Bojan turut mengatakan yang peluang bermain di tempat sendiri wajar dimanfaatkan sebaiknya dan ini telah pun disampaikan kepada pemainnya.

Bercakap pula kepada Berita Harian, beliau mengatakan yang mereka akan lebih berhati-hati berdepan bola tinggi disebabkan kelebihan lawan.

Mereka ada ramai pemain yang tinggi, jadi mereka akan menjadi lebih berbahaya dalam situasi bola mati. Sudah tentu kita akan cuba menghalang mereka dan kita juga ada pemain yang boleh memberi ancaman kepada Penang,” ujarnya tentang kelebihan khusus pihak lawan malam ini.

Biarpun lawan menamatkan musim di kedudukan tercorot Liga Super 2022, ia tidak mencerminkan kekuatan sebenar mereka pada musim ini.

Perubahan kembali dibuat oleh Chong Yee Fatt dengan dibantu oleh ‘insight’ daripada Manzoor Azwira yang sedang dalam tempoh kursus Lesen AFC Pro Diploma dan dijangka mengambil alih teraju pasukan sekembalinya beliau daripada Croatia dan Hungary pada awal bulan Mac depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN