Ranocchia Dedah Rindu Makanan Itali, Tak Nampak Matahari Sejak Main Di England

Andrea Ranocchia kini merupakan pemain yang sangat digemari dalam kalangan penyokong Hull City ketika ini.

Beliau yang dipinjamkan dari Internazionale bagaimana pun mengalami masalah dalam menyesuaikan diri dengan suasana budaya di England.

Tak nampak matahari

1, 2 bulan yang pertama di England nyata sukar buat Ranocchia.

Hal ini kerana, beliau mengalami masalah dalam berkomunikasi dengan rakan sepasukan.

“Saya ingat lagi kali pertama saya datang ke kelab. Saya dipaksa nyanyi sambil berdiri di atas kerusi.”

“Saya tak tahu nak nyanyi lagu apa, jadi saya nyanyilah lagu kebangsaan Itali.”

Ranocchia juga merasakan perbezaan cuaca yang cukup ketara antara England dan juga Itali.

“Sepanjang saya bermain di England, saya tak pernah nampak matahari pun.”

“Boleh katakan hampir setiap hari asyik hujan saja.”

Dalam masa yang sama, beliau juga rindukan makanan-makanan Itali.

“Saya sebenarnya rindu nak makan pasta.”

Kembali ke skuad kebangsaan

Walaupun mengalami kesukaran dalam menyesuaikan diri di England. Ranocchia tetap mahu menyelesaikan misinya.

Beliau mahu membantu Hull City untuk terus kekal dalam Premier League serta ingin kembali semula dalam skuad kebangsaan Itali.

“Perancangan yang dibawa oleh Marco Silva cukup baik. Walaupun pada mulanya agar sukar tetapi saya yakin pasukan ini boleh berjaya.”

“Premier League adalah liga yang pemainnya bermain secara keras dan laju, namun itu bukan kerisauan saya kerana saya berasal dari Itali yang merupakan pusat taktikal terbaik dunia. Jadi saya boleh sesuaikan diri dengan liga ini.”

Baca juga: Pertahanan Celtic: “Neymar Adalah Pelakon Terhebat Dalam Bola Sepak!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN