Ranking Terkini: Jerman No.1, Malaysia Kekal Ke-166, Portugal Pintas Argentina

Ranking terkini FIFA yang dikeluarkan menyaksikan Malaysia kekal di tangga ke-166. Malaysia sebelum ini membatalkan perlawanan pershabatan dengan Macau kerana faktor cuaca.

Selepas itu, skuad Nelo Vingada beraksi dalam pusingan kelayakan Piala Asia di mana kita hanya mampu seri dengan Hong Kong tempoh hari. Dalam ranking ahli AFF Malaysia berada di tangga ke-7 di belakang Laos.

Untuk negara di anggota AFF yang lain, Filipina (123) dan Vietnam (130) memintas Thailand (137) untuk menduduki tangga pertama dan kedua di kalangan AFF.

Indonesia naik 6 anak tangga dalam ranking FIFA dan membolehkan mereka berada di tangga ke 169. Di dalam ranking AFF Indonesia kini di belakang Malaysia.

Untuk ranking Asia, Iran kekal di ranking tertinggi di tangga ke-25 diikuti Jepun di tangga ke-40. Palestin naik 2 anak tangga untuk berada di ranking ke-91.

Setelah lebih 2 bulan di rangking 100 teratas, India turun 10 anak tangga untuk menduduki ranking ke-107.

Dalam ranking globalyang lain, Wales berjaya memintas England. Wales berada di tangga ke-13 dan England di rangking ke-15. Ini menjadikan Wales sebagai pasukan terbaik di Britain dalam ranking semasa ini.

Jerman pula memintas Brazil untuk menduduki tangga teratas dalam ranking FIFA. Portugal naik 6 anak tangga untuk memintas Argentina di tangga ke-3.

Secara ringkasnya, tiada perubahan untuk 10 negara yang berada di 10 teratas cuma berlaku turun naik ranking di antara mreka sahaja. Belgium naik ke 5 teratas.

Cape Verde menjadi pasukan yang naik paling banyak anak tangga. Mereka naik 47 anak tangga untuk menduduki ranking ke-67.

Aksi cemerlang Luxembourg dalam minggu antarabangsa lalu, menewaskan Belarus dan seri dengan Perancis membolehkan mereka naik 37 anak tangga ke kedudukan 101.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN