Ranking Jatuh Teruk! Hamidin Minta Penyokong Bertenang, Kritik Sistem FAM Sebelum Ini Tidur

Dato’ Hamidin Mohd Amin minta semua pihak bertenang dan tidak melatah. Ini selepas ranking pasukan Harimau Malaya turun 12 anak tangga ke kedudukan ke-167.

Dipetik daripada laman sosial FAM, beliau berkata:

Bukan perkara mengejutkan

“Mengenai penurunan tangga kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA daripada 155 kepada 167 bukanlah sesuatu yang mengejutkan.”

“Ianya berlaku setelah pasukan kebangsaan tewas dalam perlawanan menentang Lebanon dan kemudiannya tiada perlawanan persahabatan disebabkan liga kita sedang berlangsung.”

September peluang bangkit

Dato Hamidin turut menggariskan bahawa bulan September adalah tempoh terbaik untuk memperbaiki ranking.

“Dalam kalendar FIFA bulan September nanti, kita akan mengadakan beberapa permainan persahabatan bagi mendapatkan kembali mata. FAM juga akan mengkaji semula jadual perlawanan dan akan melantik ‘ranking konsultan’ sepertimana dipraktikkan di negara India.”

Hamidin: FAM sebelum ini tidur

Dato’ Hamidin menyelar sistem FAM yang sebelum ini dianggap beliau sudah lama tidur.

“Kita berada dalam sebuah sistem yang sudah ‘tidur’ lebih 30 tahun yang kurang memberikan sumbangan.”

“Oleh itu, perubahan ranking pasukan kebangsaan dan infrasuktur akan mengambil masa. Kami telah melantik pengarah teknikal yang akan bertugas pada bulan September nanti bersama-sama ‘ranking konsultan’.”

“Tidak banyak perkara yang boleh diubah dalam masa hanya 100 hari. Walau bagaimanapun ranking futsal kita telah meningkat dari tangga 69 ke 64 dunia. Pemikiran biarlah realistik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN