Ranking Harimau Malaya Naik Ke Tangga 157, Nombor 4 Terbaik Di ASEAN

Ranking Harimau Malaya berjaya naik ke tangga terbaharu dalam ranking dunia FIFA baru-baru ini.

Skuad negara naik ke tangga 157 selepas melonjak dari tangga 4 anak tangga dari kedudukan 161 sebelum ini.

Nombor 4 ASEAN 

Malaysia berjaya menduduki kedudukan 4 dalam ranking melibatkan negara-negara ASEAN.

Harimau Malaya berada di tangga ke-4 di belakang Filipina yang berada ditangga ke-127, Thailand ditangga ke-129 dan Vietnam di tangga ke-136.

Musuh tradisi Harimau Malaya seperti Singapura berada ditangga ke-159 dan Indonesia pula berada ditangga ke-175 dunia.

Di peringkat Asia secara keseluruhannya, Iran merupakan negara terbaik ketika ini apabila menduduki tangga ke-28.

Paling hampir dengan Iran adalah Korea Selatan yang menduduki tangga ke-43 dunia manakala Jepun pula menduduki tangga ke-44.

Brazil merajai dunia

Manakala bagi kedudukan kuasa-kuasa besar bola sepak dunia pula, Brazil naik ke tangga pertama selepas bertukar tempat dengan Argentina yang turun ke tangga ke-2.

Sementara Jerman dan Chile tidak berubah apabila masing-masing kekal di tangga ke-3 dan ke-4 di dunia.

Colombia dan Belgium bertukar tempat sebanyak 2 kedudukan selepas Colombia naik ke tangga ke-5 dari tangga ke-7 manakala Belgium pula turun 2 anak tangga.

Perancis pula, kekal di tangga ke-6.

Portugal, Switzerland dan Sepanyol melengkapkan senarai 10 negara terbaik dunia apabila menduduki tangga ke-8, ke-9 dan ke-10.

Beberapa negara lain seperti Itali, England dan Uruguay terkeluar dari zon 10 terbaik apabila masing-masing menduduki tangga ke-12, ke-14 dan ke-15.

Baca juga: Khairul Helmi Johari: “Kami Tak Terganggu Dengan Isu Mengenai Jurulatih Kami”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN