Ranking FIFA: Perancis No.1 Dunia, Jerman Jatuh Teruk, Poland Gagal Ikut Langkah Indonesia

Juara dunia Perancis berjaya memintas Jerman dan Brazil untuk menjadi pasukan nombor 1 dunia.

Perancis juga menjadi pasukan pertama menduduki nombor satu dunia dalam sistem kiraan mata yang baru sepertimana yang telah diumumkan FIFA 2 bulan yang lalu.

Anda boleh baca tentang kaedah pengiraan mata yang baru ini dalam artikel ini:

FIFA Ubah Sistem Kiraan Ranking: Perlawanan Persahabatan Tidak Lagi Beri Mata Banyak

Ini membolehkan pasukan yang mara ke peringkat kalah mati dalam kejohanan FIFA, terutama sekali Piala Dunia mendapat mata yang banyak.

Perancis yang menjuarai Piala Dunia lalu telah menjadi pasukan nombor satu dunia buat pertama kali selepas tempoh lebih 16 tahun.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 15: Olivier Giroud of France and Steve Mandanda of France celebrate with the World Cup Trophy following their sides victory in the 2018 FIFA World Cup Final between France and Croatia at Luzhniki Stadium on July 15, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Kali terakhir mereka menjadi nombor satu sebelum ini adalah pada Mei 2002. Pasukan yang berada di tempat ketiga dalam Piala Dunia 2018, Belgium naik ke tangga kedua.

Manakala finalis, Croatia naik ke tangga ke-4 daripada kedudukan ke-16 sebelum ini. Ini menyamai pencapaian ranking terbaik mereka pada Jun 2013.

Uruguay juga naik dengan banyak ke kedudukan tangga ke-5 daripada 14.

Di tangga ke-6 adalah pasukan England, naik 6 anak tangga. Sweden night 11 anak tangga ke kedudukan nombor 13.

Russia naik 49 anak tangga ke kedudukan ke-21.

Jerman yang tersingkir pada peringkat kumpulan jatuh teruk sebanyak 14 anak tangga ke ranking ke-15.

Poland gagal mengikut jejak langkah Indonesia apabila jatuh 10 anak tangga di ke tangga ke-18. Pasukan Indonesia pula berjaya mengekalkan kedudukan mereka di tangga ke-164.

Untuk konfederasi AFC, Iran masih lagi pasukan terbaik berada di tangga ke 42 kenaikan 5 anak tangga.

Ini diikuti Australia (43), Jepun (55) dan Korea Selatan (57).

Untuk ranking pasukan AsiaTenggara Vietnam 102 Thailand 122. Tiada perubahan ranking melibatkan pasukan Asia Tenggara.

Myanmar di tangga ke-138, Singapura 169 dan Malaysia pula kekal di tangga ke-171.

Berikut adalah rumusan ringkas:

Pendahulu:

Perancis

Berjaya naik ke 10 teratas:

Croatia (ke-4, naik 16 tangga)

Uruguay (ke-5, naik 9 tangga)

England (ke-6, naik 6 tangga)

Denmark (ke-9, naik 3 tangga)

Terkeluar daripada 10 teratas:

Argentina (ke-11, turun 6 tangga)

Chile (ke-12, turun 3 tangga)

Jerman (ke-15, turun 14 tangga)

Poland (ke-18, turun 10 tangga)

Pertambahan mata tertinggi:

Perancis (150 mata)

Kenaikan anak tangga paling banyak:

Rusia (21)

Kehilangan mata terbanyak:

Mesir (77 mata)

Kejatuhan anak tangga terbanyak:

Mesir (turun 20 anak tangga)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN